Ikuti Kami:

Belanja Jutaan Ringgit, Kim Jongkook Bayar Yuran Pengajian Abang Selama 10 Tahun & Beli Rumah Buat Ibu Bapa

Belanja Jutaan Ringgit, Kim Jongkook Bayar Yuran Pengajian Abang Selama 10 Tahun & Beli Rumah Buat Ibu Bapa

Bukan sekadar untuk diri sendiri, Kim Jong-kook sentiasa meletakkan keluarga dahulu sebelum orang lain.

Terbaru, lelaki itu didedahkan sebagai antara selebriti yang menyumbang banyak buat keluarganya sejak memulakan kerjaya sebagai selebriti.

Menerusi rancangan “All Year Live”, Kim Jong-kook dinamakan di tempat ke-4 kerana sifat pemurahnya dengan memberi hadiah besar buat ahli keluarganya. Dia memberikan anak buah pelbagai hadiah seperti makanan, kasut, dan pakaian selama 10 tahun ini.

kim jongkook

Malah ahli “Running Man” ini pernah mendedahkan bahawa dia yang membayar yuran pendidikan abangnya di sekolah kedoktoran selama 10 tahun sebelum menjadi doktor pembedahan plastik.

Khabarnya, yuran fakulti di universiti ‘A’ itu ialah 10 juta won (RM32,638) di mana 100 juta won (RM326,389) dalam 10 tahun.

Dalam pada itu, flat yang diberikan buat ibu bapanya juga mencapai harga 800 juta won (RM2.6 juta)  selain turut berjalan ke seluruh dunia dengan orang tuanya.

Baik kan Kim Jong-kook?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...