Ikuti Kami:

Belajar Dari Kesilapan Drama Lain, ‘My Roommate Is A Gumiho’ Sunting Babak Tampil Produk Dari China

Belajar Dari Kesilapan Drama Lain, ‘My Roommate Is A Gumiho’ Sunting Babak Tampil Produk Dari China

Bukan kecil ya isu mengenai penggunaan produk daripada China sebagai promosi dalam drama Korea.

Kalau anda ingat, kedua-dua drama popular iaitu “True Beauty” dan “Vincenzo” menerima kritikan ramai kerana mempromosikan barangan China dalam beberapa episodnya.

Persengketaan di antara dua negara ini bermula apabila China telah mempersoalkan asal usul beberapa budaya milik Korea seperti kimchi, hanbok, taekwondo dan juga bendera rasminya. China mengatakan bahawa kesemuanya adalah berasal daripada mereka. Disebabkan itu, Korea kini sangatlah sensitif dengan apa-apa perkara berkaitan dengan negara jiran itu.

bibimbap china vincenzo

Bagi mengelakkan masalah ketika tayangan nanti, drama akan datang tvN iaitu “My Roommate Is A Gumiho” dikhabarkan sedang menyunting kesemua babak yang menampilkan produk daripada China di dalam naskhah tersebut kini. Memandangkan drama itu yang turut sama-sama digarap oleh laman penstriman iQIYI, jadi ianya dipenuhi dengan pelbagai pelaburan daripada China.

Belum pun ditayangkan namun netizen sudah mempersoalkan mengenai sama ada “My Roommate Is A Gumiho” akan menampilkan pelbagai barangan daripada negara tersebut dan sekaligus mungkin akan menerima kritikan sama seperti dua drama lain sebelumnya.

tvn my roommate is a gumiho

Walaupun sudah menamatkan penggambaran pada Mac lalu, pihak produksi dikatakan sedang menyunting drama itu. Tidak mahu terpalit dengan sebarang masalah, mereka khabarnya cuba memadam babak yang menampilkan barangan China sebanyak mungkin supaya tidak menimbulkan rasa tidak selesa pada penonton nanti.

Fuhh, makin bertambahlah kerja pihak produksi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...