Ikuti Kami:

Bekerja Jadi Penghantar Makanan Sebelum ‘Squid Game’, Lee Yoomi Bincang Populariti Kini

Bekerja Jadi Penghantar Makanan Sebelum ‘Squid Game’, Lee Yoomi Bincang Populariti Kini

Kesemua pelakon “Squid Game” ternyata memijak tuah apabila bersetuju membintangi siri popular Netflix berkenaan.

Bukan sahaja jadi sebutan di Asia, malah ianya terus kekal tinggi dalam ranking global Netflix hingga kini meskipun sudah berbulan ditayangkan. Antara daripada mereka yang masih tidak percaya dengan populariti dikecapi ialah Lee Yoo-mi yang membawa watak Ji-young (pemain 240).

Walaupun sudah 11 tahun dalam industri lakonan, namun wanita berusia 27 tahun itu hanya mencipta nama dek “Squid Game”.

lee yoomi

Malah Lee Yoo-mi mengakui bahawa kerana kurang popular lebih sedekad, dia bekerja sebagai penghantar makanan separuh masa untuk Coupang Eats (seperti GrabFood).

Pada ketika saya bercuti, saya akan bekerja separuh masa untuk Coupang Eats. Secara tiba-tiba, semua mengenali saya. Saya terkejut. Ianya sangat hebat, namun saya masih tidak sedar sejauh mana populariti saya kerana masih banyak yang mahu dicapai. Saya bekerja keras kini bagi terus mengingati siapa saya sebenarnya.

Dalam pada itu, Lee Yoo-mi bakal muncul dalam siri Netflix “All Of Us Are Dead” tak lama lagi di mana ianya bertemakan zombi. Seloroh pelakon itu, ramai pastinya akan membenci wataknya nanti di dalam naskhah berkenaan.

Makin tak sabar nak tengok lakonan Lee Yoo-mi nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...