Ikuti Kami:

Bekas Ahli Wonder Girls Lim, Umum Mengandung Anak Pertama

Bekas Ahli Wonder Girls Lim, Umum Mengandung Anak Pertama

Bekas ahli Wonder Girls iaitu Lim, ataupun Woo Hye-rim yang telah bernikah dengan pasangan pilihannya, Shin Min-chul pada tahun lepas, mengumumkan bahawa mereka akan menimbang cahaya mata mereka yang pertama tidak lama lagi.

Pada jam 1 petang tadi, Lim telah memuat naik video bersama dengan suaminya di akaun YouTube peribadinya, “Lim’s diary”.

Lim pada awalnya nampak sedikit gementar untuk mengumumkan berita gembira tersebut.

Ada sesuatu yang besar telah berlaku.

Suaminya pula menambah.

Ya, ia merupakan sesuatu yang agak besar.

Lim ada baby!

Lim menyatakan bahawa dia ingin berkongsi berita ini bersama dengan subscribers YouTubenya terlebih dahulu dan kemudian berkata bahawa dia masih berada di peringkat awal kehamilannya.

Ini pertama kali saya berurusan dengan berita sebegini, jadi saya merasa bingung.

Lim dan suami juga menceritakan bahawa mereka sudah ingin mempunyai anak pada bulan Mac tahun hadapan, dan bersyukur kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pasangan ini menjangkakan kelahiran anak pertama mereka pada Mac 2022.

Lim juga turut kongsi berita ini di akaun Instagram peribadinya.

Tahniah Lim dan suami!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...