Ikuti Kami:

Bekas Ahli MOMOLAND Daisy, Menang Tuntutan Mahkamah Menentang MLD Entertainment

Bekas Ahli MOMOLAND Daisy, Menang Tuntutan Mahkamah Menentang MLD Entertainment

Bekas ahli kumpulan MOMOLAND, Daisy atau Yoo Jeong-ahn telah memenangi tuntutan mahkamah menentang bekas agensinya, MLD Entertainment.

Pada bulan Julai tahun 2016 yang lalu, MLD Entertainment telah menubuhkan kumpulan gadis baru iaitu “MOMOLAND” menerusi program survival audisi “Finding Momoland”. Daisy telah tersingkir di dalam program tersebut namun, dia kembali sertai kumpulan tersebut pada April 2017 setelah menandatangani kontrak dengan agensi tersebut pada September 2016.

MLD Entertainment kemudiannya telah memotong kira-kira 66 juta KRW, yang merupakan jumlah kos produksi program itu secara sama rata antara 10 peserta.

daisy momolandDaisy yang juga harus bertanggungjawab untuk kos produksi pertunjukan survival itu telah saman bekas labelnya dengan mendakwa bahawa ianya tidak adil untuk menahan sebahagian dari pendapatannya dengan kos yang dikeluarkan, sebelum dia menandatangani kontrak dengan label tersebut.

Setelah bertahun kes ini diperbincangkan, mahkamah akhirnya telah berpihak kepada plaintif Daisy.

Kontrak akan berkuatkuasa sejak tarikh ditandatangani kecuali dinyatakan sebaliknya. Ungkapan ‘pra-debut’ pada kontrak merujuk kepada fasa dari mana plaintif menandatangani kontrak hingga tarikh debut yang sebenarnya. Selanjutnya, tidak ada bukti yang diragukan lagi. Ini adalah amalan biasa dalam industri hiburan.

Mahkamah telah memerintahkan MLD Entertainment untuk membayar sekitar 13 juta KRW yang belum dibayar sebelum ini kepada Daisy. Namun, mahkamah tidak berpihak kepada Daisy atas tuntutan kerosakan tambahannya sebanyak 10 juta KRW.

Betul lah orang kata, setiap ujian yang datang pasti diiringi keadilan…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...