Ikuti Kami:

Bekas Ahli B.A.P Bang Yongguk, Umum Comeback Solo Dengan ‘RACE’

Bekas Ahli B.A.P Bang Yongguk, Umum Comeback Solo Dengan ‘RACE’

Bang Yong-guk bekas ahli kumpulan B.A.P mengumumkan bahawa dia akan kembali dengan muzik baharu sebagai artis solo!

Pada 17 November, agensi Bang Yong-guk CONSENT, telah mendedahkan di Twitter rasmi mereka dan mengeluarkan dua foto konsep Bang Yong-guk.

Foto-foto itu menunjukkan gambar dekat Bang Yong-guk, yang merenung tajam ke dalam kamera di bawah pencahayaan berwarna-warni.

bang yong guk RACE Sudah dua tahun sejak terbitan muzik solo Bang Yong-guk, dan peminat global tidak sabar untuk mendengar muzik baharu Bang Yong-guk menerusi single digitalnya yang akan datang.

“RACE” akan menjadi trek hip-hop yang mengandungi emosi cita-cita seseorang apabila memulakan perlumbaan baharu. Lagu tersebut akan dikeluarkan melalui pelbagai platform muzik pada 23 November ini jam 5 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...