Ikuti Kami:

Bekas Ahli AOA Mina Padam Instagram Untuk Fokus Pada Rawatan

Bekas Ahli AOA Mina Padam Instagram Untuk Fokus Pada Rawatan

Mengejutkan apabila mengetahui kisah bekas ahli AOA iaitu Mi-na yang dibuli selama 10 tahun sepanjang dia aktif dengan kumpulan idola tersebut. Selepas pendedahan tersebut, Ji-min yang disebut sebagai pelaku utama telah pun mengundur diri daripada AOA selain turut keluar daripada dunia seni.

Semakin membimbangkan apabila Mi-na baru-baru ini kembali mencederakan dirinya selepas mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa Ji-min mungkin akan kembali semula ke dalam industri seni selepas semuanya reda.

Namun dalam entri terbaru di Instagramnya, Mi-na menjelaskan bahawa dia sudah bertemu dengan CEO FNC Entertainment dan memahami penjelasan yang diberikan olehnya. Dia juga memohon maaf kepada semua orang kerana telah menyebabkan kekecohan ini.

Walaubagaimanapun, selepas permohonan maafnya ini, peminat mendapati bahawa wanita itu telah pun memadam akaun Instagramnya.

aoa mina padam instagram

Risau dengan keadaan tersebut, agensi naungan Mi-na iaitu Woori Actors telah pun tampil membuat penjelasan.

Mi-na memadam akaun media sosialnya bagi memberi fokus untuk rawatannya. Agensi kami tidak berbuat apa-apa terhadap akaunnya.

aoa mina padam instagram

Seperti yang semua sedia maklum, selepas kejadian yang tidak diingini berlaku, Mi-na dikhabarkan telah ditemani oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ini adalah langkah pertama yang terbaik untuk Mi-na bagi memberikan fokus kepada rawatannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...