Ikuti Kami:

Bayar Iklan RM123K Ajak Makan, Ahli Perniagaan Filipina Pernah Rancang Beli Rumah Buat Jennie BP

Bayar Iklan RM123K Ajak Makan, Ahli Perniagaan Filipina Pernah Rancang Beli Rumah Buat Jennie BP

Anda pasti ada terdengar berita baru-baru ini yang mengatakan seorang ahli perniagaan dari Filipina telah berhabis wang sebanyak 35 milion won (RM123,000) bagi menaikkan iklan buat Jennie BLACKPINK.

Kapsyen pada iklan berkenaan dengan gambar Cristian Albert Gaza,

Awak adalah wanita idaman saya. Bolehkan saya membawa awak makan malam dan menjadikan saya lelaki paling bahagia di dunia ini?

Selepas tular, ahli perniagaan itu memuat naik entri di laman media sosial miliknya.

Saya tak tahu cara untuk menghubungi Jennie, jadi saya mengiklankan mengenainya di tengah-tengah Korea, beberapa kilometer dari YG Entertainment.

cristian albert gaza jennie

Sambungnya lagi,

Saya berbelanja sebanyak RM123,000 untuk mengiklankan makan malam bersama Jennie. Saya lebih bahagia daripada membuat wang. Kebahagiaan sebenar melangkaui wang.

Kemudian dia memuat naik entri baru,

Pelan asal adalah untuk memberikan Jennie rumah dan lot tanah di Korea Selatan. Sayangnya, saya mendapat tahu bahawa mereka tidak akan menerima lagi hadiah daripada peminat tegar seperti saya. Sebab itu, saya membuat keputusan untuk menaikkan jemputan makan malam buat Jennie menggunakan papan iklan.

cristian albert gaza jennie

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak senang dengan perbuatan lelaki itu yang dianggap keterlaluan memandangkan dia hanyalah peminat sahaja.

Gigih betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...