Ikuti Kami:

Bawa Watak Utama, Pelakon Kritik Lakonan Kekok Seolhyun AOA Dalam ‘Awaken’

Bawa Watak Utama, Pelakon Kritik Lakonan Kekok Seolhyun AOA Dalam ‘Awaken’

Pemiant K-Drama nyata seronon apabila mendengar Namgoong Min disahkan bakal menerajui sebuah drama misteri baru. Dek bakat lakonannya yang menakjubkan, sudah pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan naskhah tersebut.

Kalau anda nak tahu, “Awaken” ialah kisah pembunuhan misteri di mana ia mengikuti kisah pelik yang berlaku pada masa kini dan juga kejadian enigmatik yang berlaku pada 28 tahun lepas. Do Jung-woo (Namgoong Min) ialah ketua pasukan yang bijak dan unik bagi sebuah gerakan khas di Agensi Polis Kebangsaan. Manakala Jamie (Lee Chung-ah) pula merupakan ejen FBI yang diambil sebagai anak angkat ketika kecil dan kembali ke Korea untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri yang berkait dengan memorinya yang hilang sewaktu kecil pada 28 tahun lalu.

seolhyun awaken

Pun begitu, sudah 4 episod ditayangkan, masih ada lagi suara halus yang mengkritik lakonan Seol-hyun sebagai pegawai polis bernama Gong Hye-won. Memandangkan dia adalah antara watak utama, sudah pasti terdapat banyak babaknya dalam saban episod. Membuatkan kebanyakan penonton lebih mudah perasan jika terdapat ekspresi atau lontaran dialog daripadanya yang nampak kekok.

Terkejut lihat lakonan Seol-hyun..

 

Tak kisahlah Hye-ri ke Seol-hyun ke, patutnya mula berlakon dengan watak kecil dahulu.

 

Nampaknya saya tak akan tonton drama lakonan Seol-hyun lagi selepas ini..

 

Seol-hyun ialah penyanyi tapi tak boleh menyanyi, berlakon pun tak boleh.

 

Kenapa lakonan Seol-hyun nampak kekok?

seolhyun awaken

Pun begitu, ada juga komen yang ‘back-up’ Seol-hyun dan mengatakan bahawa lakonannya sudah semakin baik berbanding drama sebelum ini. Malah dia tidak nampak ketinggalan berbanding Namgoong Min dan Lee Chung-ah.

Apa pula pandangan korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...