Ikuti Kami:

Bawa Watak Sedih, Lakonan Yuri Girls’ Generation Dalam ‘Bossam: Steal The Fate’ Dipuji Penonton

Bawa Watak Sedih, Lakonan Yuri Girls’ Generation Dalam ‘Bossam: Steal The Fate’ Dipuji Penonton

Memulakan kerjaya sebagai ahli kumpulan idola popular Girls’ Generation, sudah pasti Yuri tidak terlepas daripada menerima kritikan apabila mula menjejaki kaki dalam dunia lakonan.

Pernah berlakon dalam drama seperti “Fashion King”. “Innocent Defendant”, “The Sound Of Your Heart: Reboot” dan banyak lagi, namun sepertinya ramai yang kagum melihat penjiwaan watak wanita itu di dalam drama terbaru “Bossam: Steal The Fate”.

Kalau anda nak tahu, drama ini mengisahkan seorang lelaki yang tanpa sengaja telah menculik seorang tuan puteri. Ba-woo (Jung Il-woo) merupakan seorang tukang padan yang mencari suami baru kepada janda yang tiada harapan untuk berkahwin semula. Semasa kecil, lelaki ini telah ditipu dek konspirasi seseorang. Walaupun dapat melarikan diri tetapi dia Ba-woo terpaksa menyorokkan identiti sebenarnya dan mula hidup dalam kemiskinan sejak daripada itu.

yuri bossam: steal the fate

Membawa watak Soo-kyung, seorang yang terbiasa dengan kehidupan mewah di istana, dia kini terpaksa membiasakan diri dengan kehidupan biasa di luar selepas diculik oleh Ba-woo.

Rata-rata penonton memuji ekspresi muka Yuri yang mampu menggambarkan riak seorang yang terpaksa menerima takdir kehidupan rakyat biasa dengan mencari kerja seperti mencuci baju dan membasuh pinggan kini.

Korang layang tak drama ini? Okay tak lakonan Yuri?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...