Ikuti Kami:

Jadi Watak Waktu Remaja Dalam ‘Flower Of Evil’, Pelakon Baru Park Hyunjoon Jadi Sebutan Dek Mirip Lee Junki

Jadi Watak Waktu Remaja Dalam ‘Flower Of Evil’, Pelakon Baru Park Hyunjoon Jadi Sebutan Dek Mirip Lee Junki

Siapa yang menonton drama “Flower Of Evil” mesti tertanya-tanya siapakah lelaki kacak yang memainkan watak Do Hyun-soo (Lee Jun-ki) ketika masih lagi pelajar sekolah menengah kan?

Kalau anda nak tahu, drama ini merupakan kemunculan pertama Park Hyun-joon sebagai pelakon selepas aktif sebagai seorang penyanyi dengan nama pentas Rue sebelum ini. Disebabkan oleh iras wajahnya yang saling tak tumpah dengan Lee Jun-ki, namanya kini menjadi sebutan ramai.

park hyunjoon mirip lee junki

Malah dalam satu temu ramah sebelum ini, Park Hyun-joon sendiri mengakui bahawa dia ada mendengar orang lain mengatakan yang dia mempunyai iras dengan pelakon popular itu.

Semasa kali pertama saya melihat senior Lee Jun-ki, saya ada perasan yang saya mirip wajahnya.

Bahkan Lee Jun-ki sendiri mengakui wajah mereka yang serupa,

Disebabkan badan kami yang ramping selain berdiri di ketinggian yang sama, bukan saya sahaja yang berfikiran seperti itu. Bahkan senior Lee Jun-ki sendiri ada menanyakan staf drama di mana mereka menjumpai saya yang mempunyai iras yang sama dengan wajahnya.

park hyunjoon mirip lee junki

Tak cukup dengan itu, Park Hyun-joon sendiri berkongsi momen kelakar yang terjadi ketika di set penggambaran disebabkan dia kelihatan seperti Lee Jun-ki,

Pada hari pertama penggambaran, saya memakai baju sekolah dan salah seorang staf telah menunduk 90 darjah apabila melihat saya. Saya sangat terkejut apabila mereka bertindak sedemikian kepada seseorang yang masih lagi baru. Kemudiannya, saya mendapat tahu bahawa mereka sangkakan saya adalah Lee Jun-ki.

Bukan sahaja mempunyai visual yang kacak malahan Park Hyun-joon juga menunjukkan lakonan yang berkesan sebagai Do Hyun-soo ketika remaja. Sekiranya dia terus mengekalkan mutu lakonan yang baik, tak mustahil dia juga akan berdiri sebaris dengan Lee Jun-ki suatu hari nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...