Ikuti Kami:

Bawa Watak Polis, Netizen Gesa Seolhyun Digugurkan Daripada Drama ‘Night And Day’ Dek Kes Buli Mina

Bawa Watak Polis, Netizen Gesa Seolhyun Digugurkan Daripada Drama ‘Night And Day’ Dek Kes Buli Mina

Disebabkan oleh pendedahan bekas ahli AOA iaitu Mi-na mengenai kehidupannya yang terseksa selama 10 tahun kerana dibuli, nama Ji-min dan Seol-hyun kini menjadi sebutan ramai. Walaupun ketua kumpulan itu iaitu Ji-min sudah pun mengundurkan diri daripada industri seni namun Seol-hyun lebih senang mengambil langkah untuk mendiamkan diri.

Dia yang kini sibuk dengan penggambaran drama terbaru “Night And Day” nampaknya menerima kecaman ramai sehingga ada yang memintanya meninggalkan drama tersebut. Tambahan pula, watak dilakonkan oleh Seol-hyun merupakan seorang inspektor polis di Agensi Polis Metropolitan Seoul yang akan melakukan apa sahaja bagi menjayakan sebuah siasatan.

seolhyun diminta keluar drama night and day

Kim Seol-hyun

Menurut seorang netizen, “Seol-hyun tak layak untuk membawa watak sebagai seorang pegawai polis selepas menyeksa hidup Mi-na.” Manakala seorang netizen pula mengatakan, “Saya tak mahu melihat Seol-hyun di dalam drama tersebut kerana dia yang hanya mendiamkan diri mengenai isu ini.” Netizen lain pula mempersoalkan, “Seol-hyun yang merupakan sahabat baik Ji-min, langsung tak boleh diketepikan dengan situasi Mi-na ini.”

aoa jimin buli mina

Kwon Mi-na

Walaubagaimanapun, meskipun dihencap dengan pelbagai kritikan, wakil daripada pihak produksi drama tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai permintaan netizen ini.

Kami akan teruskan seperti yang dirancang. Melainkan pelakon itu sendiri yang meminta untuk keluar, kami tidak akan melakukan sebarang perubahan.

Kalau nak tahu, drama “Night And Day” diterajui oleh pelakon hebat seperti Namgoong Mind an Lee Chung-ah lantas membuatkan hal ini menerima perhatian ramai. Siapa sangka situasi melibatkan kes buli Mi-na ini akan menjadi sebegini besar?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...