Ikuti Kami:

Bawa Watak Hakim Misteri, Jisung Kembali Dengan Drama Baru ‘The Devil Judge’

Bawa Watak Hakim Misteri, Jisung Kembali Dengan Drama Baru ‘The Devil Judge’

Selepas tamat berlakon drama “Dr John” pada tahun lalu, pelakon Jisung mula hilang daripada spotlight industri K-Drama. Terkenal kerana mutu lakonan yang hebat, ramai peminat yang mahukan lelaki ini kembali beraksi dengan naskhah baru.

Berita gembira untuk anda semua! Jisung dikhabarkan bakal kembali berlakon dalam sebuah drama misteri bertajuk “The Devil Judge” yang bakal ditayangkan pada pertengahan kedua tahun ini.

Jisung diberikan tanggungjawab untuk memainkan watak Kang Yo-han iaitu merupakan seorang hakim perbicaraan. Dia dikenali kerana rupa seperti anak orang kaya, senyuman yang menawan dan citarasa yang hebat dalam semua perkara seperti hobi dan benda. Pun begitu, status lelaki itu sebagai seorang pewaris yang tragik kepada konglomerat kaya membuatkan dirinya diselubungi misteri. Kang Yo-han juga percaya bahawa tiada keadilan di dalam dunia realiti cuma permainan individu yang berkuasa.

jisung the devil judge

“The Devil Judge” membawa penonton mengikuti perbicaraan yang genting secara langsung dengan menjadikannya sebagai satu rancangan realiti televisyen. Turut disertai oleh Hakim Bae-seok, kedua mereka berusaha untuk membongkarkan identiti masing-masing tetapi berjaya menarik perhatian pihak lawan. Dengan siaran langsung ini, seluruh penduduk dapat melihat diri sebenar setiap daripada individu yang berada dalam perbicaraan.

Lagi best, drama ini ditulis oleh seorang penulis dan juga hakim sebenar yang sebelum ini pernah menulis drama “Miss Hammuarabi”.

Tak sabar nak tengok Jisung kembali beraksi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...