Ikuti Kami:

Bawa Kisah Romantik Individu Berusia 30-an, ‘Not Yet 30’ Gandingkan Minhyuk CNBLUE & Jung Insun

Bawa Kisah Romantik Individu Berusia 30-an, ‘Not Yet 30’ Gandingkan Minhyuk CNBLUE & Jung Insun

Selepas sahaja pulang daripada latihan khidmat ketenteraan wajib, Min-hyuk daripada kumpulan CNBLUE bakal kembali ke dunia drama dengan sebuah drama baru tak lama lagi! Bahkan lelaki itu akan disertai Jung In-sun sebagai pelakon gandingannya.

Drama “Not Yet 30” yang bakal dihasilkan oleh Kakao M sendiri yang telah mengesahkan berita tersebut. Sinopsis drama ini ialah kisah romantik bagi individu yang baru sahaja memasuki usia 30-an. Ikuti kisah penulis webtoo berusia 30 tahun Seo Ji-won yang bertemu dengan Lee Seung-yoo, seorang penerbit yang juga merupakan cintanya semasa sekolah rendah.

drama not yet 30

Kang Min-hyuk akan membawa watak Lee Seung-yoo iaitu cinta pertama Seo Ji-won. Dia juga bertugas sebagai pengurus bahagian pengurusan dan produksi di sebuah syarikat penerbitan yang turut mengeluarkan webtoon hasil garapan wanita itu. Dengan kemahiran yang hebat dan rupa yang kacak, dia membuatkan semua orang jatuh cinta kepadanya dengan satu senyuman sahaja.

“Not Yet 30” bakal dibahagikan kepada 15 episod di mana setiap daripadanya adalah 20 minit panjangnya. Khabarnya, ia akan mula ditayangkan bermula pertengahan Ogos dan akan ke udara menerusi sebuah platform video baru di KakaoTalk.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...