Ikuti Kami:

Bawa Kisah Penat Jerih Guru, Drama ‘Black Dog’ Sentuh Hati Penonton Daripada Mula Sehingga Tamat

Bawa Kisah Penat Jerih Guru, Drama ‘Black Dog’ Sentuh Hati Penonton Daripada Mula Sehingga Tamat

Sekarang ini, banyak betul drama Korea yang mengangkat tema aksi, percintaan, misteri sebagai motif utama naskhah mereka. Agak susah nak jumpa drama yang menyentuh perasaan dan lebih ke arah kemanusiaan. Pun begitu, bagi sesiapa yang meminati drama sedemikian, anda bolehlah mula menonton “Black Dog” yang baru sahaja menamatkan tayangannya kelmarin. Ia membawa kisah kehidupan guru yang memperjuangkan segalanya untuk merealisasikan impian anak muridnya.

black dog

Sinopsis “Black Dog”

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita muda yang dapat menjadi guru ganti untuk jangka masa pendek dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan impian pelajarnya tercapai. Naskhah ini membawa penonton menelusuri kisah disebalik tabir seorang guru selain menonjolkan kehidupan masyarakat daripada sudut pandang institusi persekolahan.

Go Haneul (Seo Hyunjin) telah mendapat tawaran mengajar secara sementara di sekolah swasta dan dia bercita-cita ingin menjadi guru kerana ingin membalas jasa salah seorang gurunya yang pernah menyelamatkan nyawanya dulu. Sambil menimba pengalaman mengajar di sana, wanita itu turut membesar bersama pelajarnya yang menghadapi pelbagai isu perit yang sering terjadi dalam sekolah swasta.

seo hyunjin black dog

Park Sungsoon (Ra Miran) pula ialah guru kaunseling kerjaya di sekolah tersebut dan dikenali sebagai seorang yang gila kerja. Dia sangat berdedikasi dengan tugasnya sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk para pelajarnya sampaikan akan berpihak kepada pelajar untuk melawan sekolah tersebut. Dia juga merupakan mentor kepada Go Haneul.

ra miran black dog

Do Yeonwoo (Ha Joon) merupakan guru bahasa Korea yang sangat ghairah dengan kerjayanya sebagai pengajar dan seronok apabila mendengar pujian mengenai kerjanya. Lelaki ini ialah seorang idealis yang percaya bahawa bakat boleh mengalahkan politik pejabat. Daripada melibatkan diri dengan perkara sedemikian, dia lebih senang mengikut caranya untuk berkembang sebagai seorang manusia.

Rating memuaskan dan terima pujian melambung penonton

Sepanjang tayangan 16 episod drama “Black Dog” ini, penonton tak putus-putus banjiri naskhah ini dengan pujian. Hal ini kerana mereka menyentuh kepayahan guru dalam mendidik selain terpaksa melawan pihak atasan yang tidak meletakkan kejayaan para pelajar sebagai keutamaan mereka. Susah payah seorang guru jarang diberi perhatian oleh orang ramai, jadi drama ini sedikit sebanyak membawa penonton melalui realiti sebenar seorang pendidik.

Drama hebat dengan barisan pelakon yang bagus.

 

Pelakon hebat Seo Hyunjin telah menonjolkan lakonan yang bagus. Drama ini berjaya membawa kisah baik yang boleh dipelajari oleh masyarakat.

 

Drama yang akan kekal dalam memori saya~ Pejabat sekolah dan watak guru yang realistik… Struktur kurikulum yang perlu dikaji semula… Walaupun perlahan tetapi ia adalah drama yang mesra. Semua sudah bekerja keras!

 

Tak nampak macam lakonan tetapi semuanya kelihatan seperti guru sebenar~~ Saya seronok menonton ‘Black Dog’!!

 

Tolonglah sambung ke musim kedua!

black dog

Kepada sesiapa yang sukakan drama yang realistik dan membawa kisah sebenar dalam kehidupan para guru, anda dah boleh tonton drama “Black Dog” ini! Pasti tak mengecewakan!

Sumber: Sports Joseon

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...