Ikuti Kami:

Bawa Kelainan, Jun Somin Jadi Wanita Simpanan Dalam Teaser ‘Show Window’

Bawa Kelainan, Jun Somin Jadi Wanita Simpanan Dalam Teaser ‘Show Window’

Nampaknya Jun So-min akan lakukan transformasi yang hebat tak lama lagi dalam drama “Show Window”.

Ianya merupakan drama melodrama misteri mengenai seorang wanita yang menyokong seorang wanita lain tanpa mengetahui bahawa dia ialah perempuan simpanan suaminya.

Son Yoon-ah bakal membawa watak Han Sun-joo, permaisuri yang membina keluarga sempurna. Dia kemudiannya mula berubah selepas hidupnya mula runtuh sedikit demi sedikit. Lee Sung-jae pula akan melakonkan watak Shin Myung-seop yang duduk di sebelah permaisuri dan mempunyai tona yang lembut dan membuai.

Jun So-min pula bertanggungjawab menjadi Yoon Mi-ra, seorang wanita yang kehilangan ibu bapa semasa masih kecil dek sebuah kemalangan jalan raya. Kemudian, dia berkenalan dengan Shin Myung-seop dan jatuh cinta pada lelaki itu. Sudah pun beristeri, Yoon Mi-ra tidak beralah dan bertentangan dengan Han Sun-joo. Manakalah Chan-sung 2PM membawa watak Han Jung-won iaitu adik kepada Han Sun-joo.

Daripada teaser yang diriliskan, nampaknya Yoon Mi-ra akan mempunyai hubungan yang berbelit dengan Han Sun-joo. Meskipun menangkap suaminya curang, wanita itu memilih untuk membantu perempuan simpanan itu pula. Apakah muslihatnya?

Rata-rata peminat teruja mahu menonton Jun So-min membawa kelainan sebagai wanita perampas dalam “Show Window”. Yang pastinya, anda pun dah tak sabar kan?

Ianya bakal tayang bermula 29 November tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...