Ikuti Kami:

“Bawa Baju Hujan” – Peminat Risau Stadium Konsert BLACKPINK Di KL Hampir Banjir

“Bawa Baju Hujan” – Peminat Risau Stadium Konsert BLACKPINK Di KL Hampir Banjir

Hari yang dinanti-nantikan oleh ‘Blinks’ di Malaysia akhirnya akan tiba tak lama lagi!

Umum pasti mengetahui bahawa BLACKPINK akan mengadakan konsert jelajah dunia “BORN PINK” mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Mac ini.

Namun baru-baru ini, cuaca di Malaysia nampaknya kerap kali hujan, begitu juga di stadium terbuka di mana kumpulan empat ahli itu akan membuat persembahan tak lama lagi.

Di sosial media, ramai peminat ada berkongsi gambar dan video menunjukkan keadaan di Stadium Nasional Bukit Jalil kini, yang hampir banjir dek hujan lebat sejak kebelakangan ini.

Oleh itu, ada juga yang meluahkan kerisauan mereka dengan kemungkinan konsert itu akan dibatalkan, kerana cuaca dan keadaan yang tidak mengizinkan.

Selain amaran banjir, peminat BLACKPINK yang menghadiri konsert tersebut pada 4 Mac ini dinasihatkan untuk membawa baju hujan dan membuat persediaan sewajarnya bagi memastikan keselamatan semua terjamin.

Jaga diri tau ‘Blinks’ yang pergi esok!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...