Ikuti Kami:

Bawa 4 Personaliti Berbeza, Penonton Puji Lakonan Antagonis Lee Kyuhyung Dalam ‘Voice 4’

Bawa 4 Personaliti Berbeza, Penonton Puji Lakonan Antagonis Lee Kyuhyung Dalam ‘Voice 4’

Sesebuah drama akan jadi lagi best apabila pelakon yang menerajuinya mampu berlakon dengan baik kan? Baru penonton boleh rasa ‘feel’ watak itu!

Sama macam Lee Kyu-hyung yang mula menjadi perhatian ramai sebagai ‘Looney’ dalam “Prison Playbook” dan kemudiannya terus mencipta nama sebagai pelakon versatil dalam “Hi, Bye Mama!”.

Terbaru, lelaki itu terus menjadi sebutan ramai apabila berjaya menghidupkan 4 personaliti sebagai penjahat baru bernama Dong Bang-min dalam drama bersiri “Voice 4”. Pertama ialah dirinya sendiri kemudian tuan yang berkaca mata dan merencana setiap watak dan insiden. Pengarah utama dengan pendengaran hebat seperti Kang Kwon-joo (Lee Ha-na) serta Circus Man yang dahagakan darah.

lee kyuhyung voice 4

Dengan gaya berbeza dan ekspresi muka berlainan, Lee Kyu-hyung berjaya menghidupkan watak penjahat bijak di dalam drama thriller popular ini.

Rata-rata penonton teruja melihat kehebatan pelakon lelaki ini menghidupkan kesemua watak itu dengan lancarnya dan tak nampak sama lamgsung. Dahsyat kan?

Sama-sama kita nantikan apa rancangan Dong Bang-min bagi melawan Derek Jo (Song Seung-heon) dan Kang Kwon-joo.

Lee Kyu-hyung… seram..

 

Best bila babak Dong Bang-min, nak banyak lagi!

 

Lee Kyu-hyung sememangnya seorang pelakon yang boleh dipercayai.

 

Punya bagus Lee Kyu-hyung berlakon sampaikan meremang bulu roma saya.

Best betul musim ke-4 “Voice”, memang tak pernah mengecewakan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...