Ikuti Kami:

Baru Muat Naik Foto Bersama & Beli Rumah RM16 Juta, Netizen Bingung Hwang Jungeum Mahu Bercerai

Baru Muat Naik Foto Bersama & Beli Rumah RM16 Juta, Netizen Bingung Hwang Jungeum Mahu Bercerai

Tiada angin, tiada ribut, ramai yang nyata terkejut dengan berita pelakon Hwang Jung-eum yang menfailkan penceraian selepas 4 tahun berumah tangga. Bahkan ramai yang tertanya-tanya nasib anak lelaki pasangan itu yang sudah menjangkau usia 2 tahun.

Disebabkan oleh kisah ini, semakin ramai yang cuba mengorek rahsia di sebalik keputusan wanita itu untuk berpisah dengan suaminya yang merupakan seorang bekas pemain golf profesional iaitu Lee Young-don. Lebih menghairankan, pelakon tersebut ada memuat naik gambar janji temu dengan suaminya di Namsan pada 3 bulan lepas sekaligus menampakkan kebahagian mereka.

hwang jungeum dan suami

Bukan itu sahaja, khabar angin lain yang berterbangan mengatakan bahawa Hwang Jung-eum ada membeli sebuah kediaman yang bernilai 4.6 bilion won (RM16 juta) di Itaewon-dong, Seoul. Malah ianya didaftarkan di bawah namanya dan siap dibeli pada Jun lepas. Disebabkan rumah ini dibeli sebelum wanita itu menfailkan penceraian, semakin ramai yang tertarik ingin mengetahui kisah sebenar pasangan ini.

Pun begitu, rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap pihak media yang cuba membongkarkan perihal peribadi pasangan tersebut hanya kerana mereka adalah selebriti. Semua meminta agar kisah penceraian ini dibiarkan sahaja memandangkan Hwang Jung-eum dan Lee Young-don sendiri lebih senang berkongsi kenyataan menerusi saluran rasmi sahaja.

hwang jungeum fail penceraian

Siapa tahu, mungkin perpisahan adalah jalan yang terbaik buat mereka. Harap mereka dapat buka lembaran hidup yang baru selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...