Ikuti Kami:

Baru Februari, Kim Mikyung Sudah Muncul Dalam 4 Projek Drama & Filem Tahun Ini

Baru Februari, Kim Mikyung Sudah Muncul Dalam 4 Projek Drama & Filem Tahun Ini

Peminat drama Korea semestinya akan kenal dengan pelakon veteran, Kim Mi-kyung.

Sering memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada watak utama, Kim Mi-kyung sudah pun menemui penonton menerusi pelbagai projek.

Malahan pada tahun 2023 ini sahaja, wanita berumur 59 tahun itu telah membintangi 4 projek termasuk drama dan filem.

1. Crash course in romance 

 

kim mikyung crash course in romance

Pertama sekali adalah dalam “Crash Course in Romance”, antara K-Drama paling popular kini. Dalam siri ini, Kim Mi-kyung muncul sebagai watak ibu kepada Nam Haeng-seon (Jeon Do-yeon), iaitu Jung Yeong-sun, pemilik sebuah restoran. Meskipun wataknya hanya muncul sekejap sahaja dek meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya namun, penonton tetap seronok melihat penampilan wanita itu.

2. Agency

kim mikyung agency

Seterusnya ialah dalam “Agency”, juga antara drama popular dengan rating tinggi kini. Dalam naskhah ini, Kim Mi-kyung berperan sebagai ibu kepada Ah-in (Lee Bo-young), memegang watak sebagai Seo Eun-ja. Rasa menyesal kerana meninggalkan anaknya itu ketika dia berumur 7 tahun, Seo Eun-ja bekerja sebagai janitor di syarikat anak perempuannya, untuk merasa lebih dekat dengannya.

3. Trolley

kim mikyung trolley

Dalam drama “Trolley” yang diterajui Park Hee-soon dan Kim Hyun-joo, Kim Mi-kyung membawa watak yang sedikit berbeza dari sebelum ini iaitu sebagai Woo Jin-seok, seorang tokoh kuat, yang berkuasa dan berpengaruh dalam politik.

4. Switch

kim mikyung switch

Bukan sahaja drama malahan, Kim Mi-kyung turut membintangi filem “Switch” pada tahun ini, menghidupkan peranan ibu kepada watak utama lelaki Park Gang (Kwon Sang-woo).

Sibuk betul Kim Mi-kyung!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...