Ikuti Kami:

Baru Berkahwin, Netizen Pelik Lee Seunggi Padam Semua Entri Di Instagram

Baru Berkahwin, Netizen Pelik Lee Seunggi Padam Semua Entri Di Instagram

Selepas berkahwin, Lee Seung-gi nampaknya semakin bahagia kini ditemani Lee Da-in.

Terbaru pada 30 Mei, Lee Seung-gi dilihat telah memadam semua hantaran di laman Instagram peribadinya, termasuk gambar ketika di konsert jelajahnya dan pengumuman perkahwinan melalui surat tulisan tangan. Bukan itu sahaja, gambar profilnya turut dibuang.

Untuk pengetahuan, pada asalnya pelakon itu mempunyai 370 gambar di akaunnya namun semua entri tersebut telah dipadamkan.

lee seunggi

Disebabkan perubahan mendadak itu, peminat membuat spekulasi bahawa akaun Lee Seung-gi mungkin telah digodam.

Selain itu, ada juga yang menebak bahawa Lee Seung-gi berkemungkinan akan mengumumkan sesuatu yang baru kepada peminat.

Hmm..kenapa agaknya?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...