Ikuti Kami:

Baru 4 Episod, ‘Vincenzo’ Sudah Raih Rating Lebih 10%

Baru 4 Episod, ‘Vincenzo’ Sudah Raih Rating Lebih 10%

Makin ‘menggila’ nampaknya drama “Vincenzo” kini!

Sinopsis ringkas

Membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat. Drama ini diyakini akan membuat penonton merasai kepuasan apabila melihat hero gelap yang berlawan dengan penjahat sebenar menggunakan ketegasan undang-undang.

vincenzo

[Amaran SPOILER]

Dalam mengejar keadilan, syarikat farmaseutikal Babel dan firma guaman Wusang nampaknya mengambil jalan mudah dengan menyingkirkan Hong Yoo-chan (Yoo Jae-myung) yang menjadi batu penghalang mereka. Disebabkan oleh kematian peguam tersebut dan turut sama menjadi mangsa kemalangan itu, Vincenzo mula menjadi ‘raksasa’ yang bakal menghukum penjahat berkenaan.

Malah Hong Cha-young yang awalnya berpihak dengan Wusang telah menghantar surat berhenti kerja apabila mendapati sesuatu yang aneh ketika kematian ayahnya. Berjabat tangan dengan peguam mafia itu, mereka memulakan misi untuk menghentikan penghasilan dadah yang berselindung di sebalik nama ‘ubat tahan sakit’ dengan apa jua cara sekali pun.

vincenzo

Lebih menyeramkan apabila bos sebenar kepada Babel didedahkan sebagai Jang Jun-woo (Ok Taec-yeon), yang kononnya merupakan pelatih praktikal yang tidak tahu apa-apa di bawah Hong Cha-young di Wusang.

[SPOILER Tamat]

Rating lepasi dua digit

Pada tayangan episod ke-4 kelmarin, “Vincenzo” mencipta rekod peribadi apabila mencatatkan purata rating tertinggi iaitu 10.2% dengan unjuran paling tinggi di 11.5%. Disebabkan oleh itu, rasanya drama ini akan meraih rating yang lebih tinggi pada masa akan datang kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...