Baru 4 Episod, ‘River Where The Moon Rises’ Sudah Catat Rating 10%

kbs river where the moon rises

Walaupun kita mungkin tak faham dengan selok belok dinasti dan peradaban dahulu kala tapi drama bersejarah Korea memang best kan? Macam “River Where The Moon Rises” yang sedang ditayangkan di KBS kini.

Drama bersejarah ini mengisahkan tentang kisah cinta di antara Pyeonggang (Kim So-hyun) dan On Dal (Jisoo) yang merupakan watak dalam kisah dongeng zaman Goguryeo. Pyeonggang yang turut dikenali sebagai Yeom Ga-jin ialah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan mahu menjadi wanita pertama yang memerintah Goguryeo. Malah dia sanggup menggunakan perasaan On Dal yang suci kepadanya untuk mencapai impian tersebut.

kbs river where the moon rises

Walaupun baru mencecah 4 episod, tapi drama ini sudah pun mencipta rekod yang memberangsangkan. Bagi tayangan baru-baru ini, ia sudah pun melepasi rating dua digit dengan catatan 10%.

Mungkin disebabkan plot yang memukau dan lakonan yang mantap, “River Where The Moon Rises” berjaya menawan hati ramai penonton. Betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply