Ikuti Kami:

Baru 3 Hari Tayangan, ‘The School Nurse Files’ Rebut No 1 Ranking 10 Program TV Popular Netflix Malaysia

Baru 3 Hari Tayangan, ‘The School Nurse Files’ Rebut No 1 Ranking 10 Program TV Popular Netflix Malaysia

“The School Nurse Files” rupanya popular di Malaysia!

Sinopsis “The School Nurse Files”

Tugas sebagai jururawat di sekolah mungkin nampak biasa tetapi Ahn Eun-young (Jung Yu-mi) hidup dalam dunia yang pelik namun menawan kerana dia dianugerahkan dengan kebolehan istimewa – mampu melihat makhluk ghaib dalam bentuk jeli yang berwarna-warni. Setiap daripada kita dikelilingi oleh makhluk lembik ini yang dihasilkan daripada keinginan manusia.

Hadir dalam pelbagai bentuk yang unik dan banyak personaliti, sesiapa yang ‘dihantui’ oleh jeli ini akan mengalami nasib malang dan ditimpa perkara buruk. Menggunakan ‘senjata’ istimewa iaitu pedang mainan berwarna pelangi dan pistol mainan, Eun-young terus melawan jeli ini dalam diam. Pun begitu, pada mata kasar orang lain, jururawat itu hanya kelihatan pelik kerana asyik menghuyung-hayangkan tangan dan kaki pada ruangan yang kosong.

netflix the school nurse files

Pada suatu hari, seorang guru sastera Cina iaitu Hong In-pyo (Nam Joo-hyuk) tanpa sengaja telah mengalihkan batu pusaka dalam bawah tanah sekolah tersebut sehingga membuatkan setiap pelajar dan kakitangan ‘diserang’ jeli yang besar dan berbahaya. Meskipun mempunyai kuasa yang hebat tetapi Eun-young mendapati bahawa lawannya adalah terlampau kuat daripada tenaga yang dimilikinya.

Tak sangka bahawa guru sastera Cina itu sebenarnya adalah pembantu dalam diam kerana apabila Eun-young menggenggam erat tangannya, tenaganya pasti akan ‘dicaj’ semula. Menggunakan kelebihan lelaki itu sebagai ‘power bank’ peribadinya, mereka berdua bergabung tenaga untuk melawan kesemua jeli yang menghuni dan memporak-perandakan sekolah tersebut.

Sempena tayangan yang bermakna ini, Jung Yu-mi, Nam Joo-hyuk, pengarah Lee Kyoung-mi dan penulis Chung Se-rang telah duduk bersama bagi menjawab soalan cepu mas mengenai pembikinan “The School Nurse Files”.

Popular di Malaysia

Baru sahaja ke udara 3 hari yang lepas, “The School Nurse Files” berjaya duduki tangga perama dalam ranking 10 program TV teratas di Netflix Malaysia. Mungkin disebabkan lakonan dan plot yang unik, nampaknya ramai yang tak melepaskan peluang untuk menonton drama ini.

the school nurse files duduki tangga no 1 ranking 10 program tv teratas netflix malaysia

Kepada yang belum menonton, cepat-cepat langgan Netflix untuk tonton drama fantasi ini. Hanya 6 episod sahaja!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...