Ikuti Kami:

Baru 3 Hari Tayangan, ‘Sweet & Sour’ Duduki No 1 Di Ranking Popular Netflix Malaysia

Baru 3 Hari Tayangan, ‘Sweet & Sour’ Duduki No 1 Di Ranking Popular Netflix Malaysia

Boleh tahan susah jugak nak cari naskhah romantik yang realistik sekarang ini kan? Biasanya filem cinta pastinya membawa plot kisah dongeng yang sukar difahami oleh penonton dalam dunia sebenar.

Tapi lain pula dengan filem “Sweet & Sour” yang baru sahaja dikeluarkan oleh Netflix beberapa hari lalu. Disebabkan oleh plotnya yang nampak seperti cerita dalam dunia nyata, ianya berjaya mencuri perhatian ramai penonton.

netflix sweet & sour

Selepas tiga hari tayangan, filem yang dibintangi oleh Chae Soo-bin, Jang Ki-yong dan Jung Soo-jung itu berjaya menduduki No 1 di beberapa negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Vietnam dan juga Malaysia.

netflix sweet & sour

Untuk pengetahuan korang, “Sweet & Sour” membawa kisah seorang lelaki bernama Jang Hyeok (Jang Ki-young) yang mahukan kedua-dua cinta dan kerja, Da-eun (Chae Soo-bin) iaitu teman wanitanya dan Bo-yeong (Krystal) iaitu wanita yang ditemuinya dalam satu persekitaran baru. Ianya digambarkan sebagai sebuah naskhah komedi romantik menyegarkan mengenai hubungan rumit di antara tiga orang individu dengan emosi yang berbeza.

Korang dah layan ke filem ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...