Ikuti Kami:

Baru 2 Episod, ‘Joseon Exorcist’ Sah Dibatalkan Terus Tayangan Lepas Kontroversi Guna Prop Dari China

Baru 2 Episod, ‘Joseon Exorcist’ Sah Dibatalkan Terus Tayangan Lepas Kontroversi Guna Prop Dari China

Meskipun hanya khabar angin yang berterbangan kelmarin mengatakan bahawa drama “Joseon Exorcist” akan dibatalkan kelmarin dek kontroversi menggunakan prop dari China, namun sepertinya ia kini menjadi kenyataan.

Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada SBS,

Kami ingin berkongsi pendirian SBS berkenaan drama ‘Joseon Exorcist’.

SBS mengakui situasi ini ialah serius dan sebagai hasilnya, kami mencapai kata sepakat untuk membatalkan tayangan ‘Joseon Exorcist’ dan menghapuskan kontrak pengedaran ke luar negara.

SBS sudah membayar pelbagai bayaran pendahuluan pengedaran luar negara untuk drama ini dan syarikat produksi sudah pun selesai penggambaran sebanyak 80%.

Meskipun terdapat kerisauan mengenai kehilangan signifikan bagi pihak stesen penyiaran dan juga syarikat produksi drama, sebagai stesen penyiaran awam, kami berasa tanggungjawab yang berat terhadap isu ini. Oleh itu, kami ingin menyampaikan bahawa tayangan drama ini sudah dibatalkan.

kontroversi joseon exorcist

Kalau anda nak tahu, “Joseon Exorcist” menerima kecaman ramai sehingga kebanyakan tajaan dan juga jenama besar bertindak menarik diri daripada menajanya. Bahkan terdapat ahli sejarah yang turut mengkritik kandungan drama tersebut selepas ianya disiarkan.

Semoga pelakon dan staf kuat hadapi situasi ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...