Ikuti Kami:

Baru 17 Hari Lahirkan Adik Naeun & Gunhoo, Netizen Terkejut Lihat Badan Ramping Anna + ‘Speku’ Bayi Lelaki!

Baru 17 Hari Lahirkan Adik Naeun & Gunhoo, Netizen Terkejut Lihat Badan Ramping Anna + ‘Speku’ Bayi Lelaki!

Ramai nampaknya yang bersedih apabila keluarga Naeun dan Gunhoo mengumumkan bahawa mereka bakal berhenti seketika daripada rancangan “Superman Returns” bagi memberi laluan kepada si ibu, Anna berehat selepas melahirkan anak ketiganya baru-baru ini.

Rata-rata peminat keluarga ini meluahkan rasa sedih dengan berita ini kerana mereka pasti bakal rindukan telatah lucu si adik Gunhoo dan juga si kakak Naeun. Disebabkan oleh anak kacukan Korea-Swiss ini, rancangan “Superman Returns” menjadi semakin popular bukan sahaja di Korea, bahkan di seluruh dunia. Memang penonton mula menyayangi kanak-kanak ini kerana kepandaian dan gelagat comel mereka tetapi kebanyakannya juga menyukai cara didikan Anna dan Park Jooho dalam membesarkan anak-anak mereka.

naeun dan gunhoo

Diam tak diam, dua minggu lepas, Anna telah mengumumkan menerusi laman Instagramnya mengenai kelahiran ahli baru keluarga tersebut. Pun begitu, wanita itu lebih senang merahsiakan identiti anak ketiganya daripada pengetahuan ramai. Jadi, penonton hanya mampu membuat konklusi sendiri mengenai jantina dan rupa bayi tersebut.

adik gunhoo dan naeun

Kelmarin, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu telah memuat naik satu IG Story yang menunjukkan dia sedang menggendong anak ketiganya. Kesemua peminat terkejut melihatkan bentuk badannya yang kelihatan ramping walhal baru sahaja melahirkan anak tak lama dulu!

anna ibu gunhoo dan naeun

Ada juga netizen yang menebak bahawa anak itu adalah seorang bayi lelaki kerana program “Superman Returns” ada memberikan klu semasa episodnya yang lepas menerusi kapsyen yang bertulis “Gunhoo hyung”.

*hyung bermaksud abang tetapi hanya boleh dipanggil oleh lelaki

Betulkah itu adalah badan seseorang yang baru selepas melahirkan anak?

 

Rupanya… saya tersilap memikirkan bahawa badan saya jadi begini sebab beranak… sedih…

 

Macam mana dia boleh kelihatan seperti itu selepas baru melahirkan anak.. dahlah anak ketiga bukannya yang pertama…

 

Mereka sudah memberi klu mengenai jantinanya semasa episod lepas… ada kapsyen yang panggil Gunhoo ‘hyung’. Saya pasti produser sudah mengetahuinya kerana mereka ada berbincang dengan Park Jooho dan Anna..

Berat badan saya ialah 60.5 pada hari saya melahirkan anak ketiga, kemudiannya berat badan saya naik kepada 63.5 keesokan harinya. Saya tak sangka saya boleh menjadi lebih berat selepas melahirkan anak. Selepas sebulan, bengkak pada badan menyebabkan berat saya naik sampai 68. Pengalaman yang mengejutkan.

Tak payah tengok muka pun dah tahu yang bayi itu comel.

Mesti ramai yang dah tak sabar nak lihat bayi terbaru keluarga Park Jooho dan Anna kan? Apalah perangai Gunhoo bila dah jadi abang sekarang ini? Macam mana pula Naeun nak handle dua orang adik, mesti pening!

Sumber: Nate News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...