Meskipun sedang berkhidmat dalam tentera sekarang, Jung-kook BTS tetap tak lupa untuk menyapa peminat pada hari cutinya.
Pada malam semalam, Jung-kook telah menemui peminat menerusi siaran langsung di Weverse, di mana lelaki itu ada berborak, menyanyi dan berkongsi pelbagai perkara.
Menarik perhatian, penyanyi “Seven” itu juga turut menunaikan permintaan peminat untuk melihat rumahnya dan menunjukkan beberapa ruang di dalam kediamannya.
jungkook showing us his new home (doesn’t give you the right to show up, though) pic.twitter.com/vTYEYp0VeU
— jungkook admirer₇ (@dreamjeons) December 18, 2024
Khususnya, ramai tertarik melihat ruang khas yang disediakan Jung-kook hanya untuk meletakkan minuman alkoholnya. Malahan, terdapat juga skrin besar seperti di panggung wayang dan sofa selesa untuk ruang ‘lepak’.
Komen peminat,
- Mesti kawan dia akan selalu datang rumah Jung-kook untuk berparti.
- Banyak betul alkohol.
- Macam kelab malam pulak.
- Ni baru sikit je dia tunjuk, mesti besar lagi kan rumah dia.
Woahh!