Ikuti Kami:

Banyak Persoalan Terjawab, Rating Episod Perdana ‘Hospital Playlist 2’ Cecah 10% & Cipta Sejarah Di tvN

Banyak Persoalan Terjawab, Rating Episod Perdana ‘Hospital Playlist 2’ Cecah 10% & Cipta Sejarah Di tvN

Seperti biasa, “Hospital Playlist” nyata tidak menghampakan dengan episod pembukaan untuk musim kedua ini.

Sinopsis

Mengisahkan lima doktor yang sudah berkawan sejak daripada sekolah perubatan, ikuti pelbagai kisah kehidupan daripada mereka dan kakitangan hospital serta pesakit yang realistik dan menyentuh perasaan namun menghiburkan juga.

Pelbagai perubahan kepada mereka

[Amaran SPOILER]

Seronoknya permulaan musim kedua ini ialah kerana ia disambung sempurna daripada penghujung musim pertamanya. Sesiapa yang sudah hampir setahun meninggalkan drama tersebut pastinya tidak akan mengalami kesusahan untuk memahami dan mengingati kejadian ketika episod terakhir musim lepas.

netflix hospital playlist 2

Berjaya membuatkan ramai tersenyum, akhirnya Ahn Jeong-won (Yoo Yeon-seok) dan Jang Gyeo-ul (Shin Hyun-bin) menjadi pasangan sebenar namun tingkah laku mereka yang cuba menyorokkan rahsia tersebut nyata mencuit hati ramai. Tapi penonton pastinya hilang senyuman itu apabila menyaksikan penolakan Chae Song-hwa (Jeon Mi-do) terhadap pengakuan cinta Lee Ik-jun (Jo Jung-suk) di dalam episod ini. Lagi menyakitkan apabila Chu Min-ha (Ahn Eun-jin) terus tidak berbalas cintanya dek perasaan Yang Seok-hyung (Kim Dae-myung) yang misteri, tambahan pula kemunculan semula bekas isterinya, Yoon Shin-hye (Park Ji-yeon).

Episod ini juga turut menyelitkan kisah seorang ibu yang kerap kembali ke wad pediatrik untuk menyampaikan hadiah dan makanan buat kakitangan di situ meskipun anaknya sudah pun meninggal dunia setahun yang lalu. Walaupun banyak persepsi dibuat, akhirnya ia terlerai apabila Jang Gyeo-ul mendekati wanita tersebut untuk mendengar luahan rindu terhadap anaknya selepas dinasihati oleh kekasihnya, Ahn Jeong-won.

netflix hospital playlist 2

Tapi yang pastinya, hubungan rakan-rakan itu kekal ‘gila’ dan penuh dengan usikan pada saban hari. Tak dilupa, lagu yang dinyanyikan mereka pada penghujung episod. Best!

Rating tinggi

“Hospital Playlist 2” terus mencipta rekod meskipun baru sahaja satu episod ditayangkan. Menurut laporan, episod perdana itu meraih rating sebanyak 10.007% sekaligus mencipta rekod baru di saluran tvN sebagai drama dengan rating tertinggi untuk episod perdana. Ranking itu sebelum ini diungguli oleh “Mr. Sunshine” dengan catatan 8.9%.

Mungkin kerana penonton setia yang sudah sekian lama menantikan sambungan drama perubatan ini, maka ia menerima perhatian ramai orang. Pun begitu, tidak dapat dinafikan plotnya yang cukup dengan ramuan seperti kelakar, membuai perasaan dan sedih turut membuatkan ramai yang menyukainya.

Korang dah layan belum? Okay tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...