Utama Drama Korea Banyak Persamaan Plot, ‘My Dearest’ Didakwa Ciplak Filem Hollywood Popular

Banyak Persamaan Plot, ‘My Dearest’ Didakwa Ciplak Filem Hollywood Popular

my dearest

Tak lama lagi, “My Dearest” akan kembali menemui penonton dengan bahagian kedua!

Menjelang tayangan bahagian kedua pada 13 Oktober ini, penonton telah melihat banyak persamaan antara “My Dearest” dengan filem Hollywood ikonik “Gone with the Wind”.

Meskipun sebelum ini penulis Hwang Jin-young mengaku bahawa drama tersebut sememangnya mengambil inspirasi dari kisah Scarlett O’Hara dari “Gone with the Wind” namun, penonton percaya bahawa ia adalah kandungan yang diciplak berbanding inspirasi.

Pertama, watak Yoo Gil-chae (Ahn Eun-jin) memang mempunyai ciri dan aksi Scarlett O’ Hara manakala Lee Jang-hyun (Namgoong Min) dianggap seperti Rhett Butler versi Korea, di mana kedua-duanya ada pandangan skeptikal tentang perkahwinan dan semangat berperang yang sama.

my dearest gone with the wind

Seterusnya, plot utama drama Korea ini juga terdapat persamaan dengan filem yang dikeluarkan pada tahun 1940 itu, memaparkan kisah penggambaran perang, individu yang tersakiti dan pelbagai lagi.

Walaupun ada yang berpendapat bahawa drama itu hanyalah adaptasi dari filem klasik tetapi ada juga yang percaya bahawa ia tidak boleh lari dari dakwaan plagiarisme.

Hmm, apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERKorea JoongAng Daily
Loading...