Ikuti Kami:

“Banyak Percintaan..” – Kim Minjae Kongsi Fokus Utama ‘Poong, The Joseon Psychiatrist 2’

“Banyak Percintaan..” – Kim Minjae Kongsi Fokus Utama ‘Poong, The Joseon Psychiatrist 2’

Selepas menerima sambutan hangat pada musim pertama, drama “Poong, The Joseon Psychiatrist” akhirnya kembali menemui penonton dengan musim kedua!

Bagi yang belum tahu, “Poong, The Joseon Psychiatrist” membawa kisah Yoo Se-poong (Kim Min-jae), doktor perubatan dalaman terkenal yang dihalau keluar istana diraja kerana terperangkap dalam satu konspirasi. Selepas memasuki perkampungan Gyesu, dia mula menjadi doktor yang menyembuhkan hati.

Terbaru di sidang akhbar untuk musim kedua drama berkenaan, pelakon utama Kim Min-jae, Kim Hyang-gi dan pengarah Park Won-gook telah berkongsi antara perkara yang akan diceritakan dalam siri tersebut.

Nampaknya, kedua-dua pelakon utama bersetuju bahawa kisah percintaan adalah fokus utama dalam musim kedua “Poong, The Joseon Psychiatrist” dengan Kim Min-jae menjelaskan,

Memandangkan saya tidak banyak meluahkan diri saya pada dalam musim 1, penonton akan merasakan perubahan yang sangat besar dalam musim 2. Berkenaan dengan ungkapan dan jalan cerita, ia sangat ‘sweet’ hingga terasa hampir sempurna.

Poong, The Joseon Psychiatrist 2

Kim Hyang-gi turut menambah,

Apa yang saya boleh beritahu ialah Eun-woo (nama wataknya) telah menjadi sangat jujur dengan meluahkan perasaannya. Terdapat beberapa adegan di mana dia bertindak berani pada saat-saat tertentu.

Dalam pada itu, “Poong, The Joseon Psychiatrist 2” sudah mula bersiaran pada 11 Januari dan akan ditayangkan pada setiap Rabu serta Khamis.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...