Ikuti Kami:

Banyak Kejutan & Persoalan Baru, ‘The Penthouse 2’ Raih Rating Lebih 20% Pada Episod Kedua

Banyak Kejutan & Persoalan Baru, ‘The Penthouse 2’ Raih Rating Lebih 20% Pada Episod Kedua

Akhirnya! Selepas lama menanti, musim terbaru “The Penthouse” bersiaran dengan bejayanya.

Episod awal dipenuhi kejutan

[Amaran SPOILER]

Walaupun sudah menjangka hubungan cinta antara Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) dan Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) namun tiada yang menebak bahawa Oh Yoon-hee (Eugene) akan berkahwin dengan Ha Yoon-chul (Yoon Jong-hoon), suprise sungguh!

Bahkan Joo Dan-tae dan Cheon Seo-jin juga sepertinya merupakan pasangan yang diambang pengkhianatan. Mungkin juga mereka hanya menggunakan pengaruh masing-masing untuk terus memanjat ke tingkat kemewahan yang paling atas.

Yang pasti, para penonton terus ternanti-nanti apakah pelan yang direncanakan oleh Logan Lee (Park Eun-seok) untuk membalas dendam selain watak apakah yang bakal digalas oleh Lee Ji-ah selepas kematian tragisnya dalam musim pertama sebelum ini.

the penthouse 2

Rating mencanak tinggi

Baru sahaja dua episod ditayangkan namun “The Penthouse” berjaya membuktikan kepopularitiannya dengan catatan rating awalnya. Bayangkan ianya sudah mencapai rating lebih 20% iaitu 20.4% semasa tayangan episod keduanya.

Kalau macam ini prestasinya, kemungkinan drama ini akan mencapai rekod yang bersejarah pada episod akan datang. Percayalah!

Apa pun, jangan lupa untuk menonton “The Penthouse 2” pada setiap Jumaat dan Sabtu di SBS.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...