Ikuti Kami:

Banyak Babak Tidak Masuk Akal, Penonton Kongsi Sebab ‘The Penthouse’ Tidak Realistik

Banyak Babak Tidak Masuk Akal, Penonton Kongsi Sebab ‘The Penthouse’ Tidak Realistik

“The Penthouse” ternyata merupakan antara drama yang membuatkan penonton tak senang dan geram sahaja dek kelas atasan yang secara terang menindas orang miskin dan pelbagai lagi konflik lain.

Meskipun sering disamakan dengan pelbagai drama popular lain seperti “SKY Castle” dan “The World Of The Married” tetapi ianya tetap mampu meraih rating yang tinggi setakat tayangan sehingga kelmarin. Mungkin ramai yang suka naskhah bergenre seperti ini.

Pun begitu, ramai penonton yang mempersoalkan beberapa aspek yang nampak tidak masuk akal selain kepincangan plot dalam “The Penthouse”. Antaranya ialah Hera Palace yang diuarkan sebagai kompleks tempat tinggal untuk orang kaya sahaja namun keadaan sekuriti di kawasan tersebut sepertinya tidak utuh ataupun selamat langsung.

the penthouse

Ini kerana Oh Yoon-hee (Eugene) sepertinya mampu keluar dan masuk bangunan tersebut sewenangnya tanpa perlu mengesahkan kedatangannya meskipun bukanlah penduduk di kompleks itu. Contohnya wanita itu yang mengejar anak perempuannya sehingga memasuki pejabat Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) selain ketika mabuk, Oh Yoon-hee boleh memasuki parti yang dijalankan di Hera Place dengan senangnya.

Lagi pula, Min Seol-ah yang baru sahaja berusia 15 tahun mampu menipu ramai orang kaya dan bijak pandai di Hera Place dengan mengatakan bahawa dia ialah pelajar kolej membuatkan senario ini nampak tak realistik. Bahkan orang kaya ini semua tertipu dengan helahnya meskipun jelas kelihatan bahawa dia masih muda selain turut membenarkan Min Seol-ah untuk mengajar anak mereka tutor. Pelik kan?

the penthouse

Disebabkan itu, kebanyakan penonton merasakan bahawa dunia yang dibina di sekitar Hera Palace adalah tidak meyakinkan sehingga menyebabkan banyak lubang plot.

Pendapat anda pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...