Ikuti Kami:

“Bakat Saya Ialah Rupa” – Jang Wonyoung IVE

“Bakat Saya Ialah Rupa” – Jang Wonyoung IVE

Tidak dinafikan bahawa Jang Won-young dari IVE merupakan idola perempuan yang paling popular sejak beberapa tahun ini.

Terbaru, gadis itu telah menjadi tetamu “Running Man” bersama ahli IVE yang lain dan sempat berbual mengenai kelebihan setiap dari mereka bersama ahli program tersebut.

Menurut Yoo Jae-suk, kelebihan Won-young ialah visual. Balas gadis itu,

Ya.. Oh, begitu.

jang wonyoung running man

Respon pengacara itu lagi,

Kita perlu setuju dengan yang ini.

Selepas mendedahkan bakat tersebut, Jang Won-young sempat melakukan beberapa posing bagi membuktikan kecantikan yang dimilikinya. Malah pasukan PR (perhubungan awam) “Running Man” juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar gadis itu sekaligus menjadi bahan usikan ahli lain.

Kongsi Haha mengenai kata-kata Lee Mi-joo sebelum ini,

Saya sedang menonton TV bersama Mi-joo dalam bilik menunggu dan dia berkata, ‘Dia punyai semua, dia memang memiliki semuanya. Kalau awak cantik, bukankah awak patut melepaskan yang lain?’

jang wonyoung running man

Rata-rata ahli “Running Man” turut meluahkan rasa setuju dengan luahan itu manakalan Won-young hanya tersipu malu mendengarnya,

Terima kasih.

Untunglah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...