Ikuti Kami:

Bakal Tayang November, Produksi Web Drama ‘New Love Playlist’ Sahkan Teraju Utama

Bakal Tayang November, Produksi Web Drama ‘New Love Playlist’ Sahkan Teraju Utama

Para pelakon bagi web drama terbaru “New Love Playlist” sudah pun disahkan!

Terbaru, pada 26 Oktober, produksi “New Love Playlist” telah berkongsi para pelakon yang bakal membintangi drama tersebut. Antaranya ialah, Oh Yoo-jin, Yoo Jung-hoo, Bae Hyun-joon, Kim Sun-bin, Yoon Ye-joo dan juga Lee Ha-min.

“New Love Playlist” ini mengisahkan mengenai pelajar kolej yang menghadapi pandemik COVID-19 dan bagaimana mereka berhadapan dengan konflik percintaan dalam fasa pandemik.

Oh Yoo-jin bakal membawa watak sebagai Do Min-joo, seorang pelajar jurusan komunikasi media. Manakala, Yoo Jung-hoo akan membawa watak sebagai Park Do-yoon, seorang yang agak berpengalaman dalam percintaan namun cepat gementar bila bersama dengan orang kesukaannya. oh yoojinBae Hyun-joon bakal memegang watak sebagai Moon Tae-yong, seorang lelaki tampan dan berbudi bahasa namun terlalu obses untuk menjaga kebersihan diri. Kim Sun-bin pula bakal memegang watak sebagai Kim Yoo-jin, seorang lagi pelajar jurusan komunikasi media dan agak popular di kampus.

Kedua pelakon lagi, Yoon Ye-joo bakal memegang watak sebagai Yoon Seul, manakala Lee Ha-min bakla membawa watak sebagai Ah Jin-woo.

Wah, semua ‘line-up’ baru dan best ni!

Nantikan tayangan web drama ini pada 16 November ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...