Ikuti Kami:

Bakal Tayang 24 Februari Ini, Pihak Produksi Kongsi Plot ‘Island 2’

Bakal Tayang 24 Februari Ini, Pihak Produksi Kongsi Plot ‘Island 2’

Akhirnya tvN mengumumkan tarikh tayangan bahagian kedua “Island”!

Meninggalkan penonton dengan tanda tanya pada bahagian pertama, rata-rata tidak sabar menantikan apakah kesudahan konflik antara Van (Kim Nam-gil), Gung-tan (Sung Joon), Won Mi-ho (Lee Da-hee) dan Yohan (Cha Eun-woo).

Telah pun meriliskan teaser pendek untuk bahagian keduanya, komen pihak produksi,

Dalam bahagian kedua ‘Island’, kisah yang menghubungkan cerita lama naratif hidup setiap watak yang tidak dilihat dalam siri asal hingga ke masa kini akan dirungkai. Kenapa Van dan Gung-tan yang seperti adik-beradik menghalakan pedang ke arah satu sama lain? Sila nantikan juga kisah kehidupan lampau Mi-ho dan hubungan bersama Van dan Gung-tan yang akan diselesaikan pada masa akan datang.

tvn island

Dalam pada itu, bahagian kedua “Island” disahkan akan bersiaran pada 24 Februari 2023 untuk slot tayangan Jumaat-Sabtu.

Tunggu tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...