Ikuti Kami:

Bakal Tamat Latihan Tentera Januari Ini, Penonton Imbau Versatiliti Drama Lakonan Lee Jongsuk

Bakal Tamat Latihan Tentera Januari Ini, Penonton Imbau Versatiliti Drama Lakonan Lee Jongsuk

Bermula sebagai model pada tahun 2005, karier Lee Jong-suk kemudiannya terus berkembang dalam bidang lakonan selepas berjaya mencuri perhatian penonton dengan watak sampingannya dalam drama popular “Secret Garden”.

Selepas 10 tahun mengabadikan diri sebagai pelakon daripada watak sampingan sehingga ke watak utama, penonton K-Drama ternyata meletakkan kepercayaan yang penuh apabila Lee Jong-suk memilih naskhah untuk dibintanginya.

Bahkan baru-baru ini, ramai yang mula menyebut mengenai kehebatan Lee Jong-suk berlakon kerana versatiliti watak yang dibawanya dalam pelbagai drama sebelum ini.

Secret Garden (2010)

lee jongsuk secret garden

Watak sampingan sebagai seorang pemuzik bijak yang mempunyai perangai yang tegas dan cerewet.

School 2013 (2012)

lee jongsuk school 2013

Pelajar sekolah yang sering menimbulkan masalah namun dalam diam sebenarnya merupakan seorang yang sering membantu rakan dan gurunya.

I Hear Your Voice (2013)

lee jongsuk i hear your voice

Seseorang yang mempunyai kelebihan untuk membaca hati seseorang menerusi pandangan mata mereka.

Doctor Stranger (2014)

lee jongsuk doctor stranger

Seorang doktor genius yang berasal daripada Korea Utara yang telah melarikan diri ke Korea Selatan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik bersama kekasihnya.

Pinocchio (2014)

lee jongsuk pinocchio

Selepas keluarganya dituduh melakukan kesalahan yang besar, lelaki ini memulakan kehidupan baru di bawah identiti lain dan mula menjadi wartawan bagi melaporkan perkara yang sahih sahaja.

W (2016)

lee jongsuk w

Merupakan watak utama dalam komik W, lelaki ini dituduh membunuh keluarganya sendiri namun kemudiannya menjejaki pembunuh sebenar. Saksikan dunia komik dan dunia nyata yang hidup selari.

While You Were Sleeping (2017)

lee jongsuk while you were sleeping

Seorang pedakwaraya yang mempunyai kemampuan untuk melihat masa depan menerusi mimpi selepas berkenalan dengan seorang wanita yang mengalami nasib yang sama dengannya.

The Hymn Of Death (2018)

lee jongsuk hymn of death

Watak sebenar yang diinspirasikan daripada kisah romantik tragik di antara penyanyi soprano pertama Joseon dan penulis drama.

Romance Is A Bonus Book (2019)

lee jongsuk romance is a bonus book

Seorang penulis buku popular dan merupakan ketua editor termuda di sebuah yarikat penerbitan besar.

Kini sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam untuk latihan ketenteraan wajibnya, lelaki itu bakal menamatkan tanggungjawabnya itu pada Januari 2021 nanti. Dan ramai yang dah luah rasa teruja kerana bakal melihat Lee Jong-suk menghiasi drama Korea nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...