Ikuti Kami:

Bakal Sunting & Ubah Cerita Dek Kontroversi Prop Dari China, ‘Joseon Exorcist’ Tunda Tayangan Minggu Depan

Bakal Sunting & Ubah Cerita Dek Kontroversi Prop Dari China, ‘Joseon Exorcist’ Tunda Tayangan Minggu Depan

Selepas daripada segala kritikan yang membanjiri drama “Joseon Exorcist” akibat memutar-belitkan sejarah Korea, mereka kini mengeluarkan kenyataan baru mengenai implikasinya.

Pertama sekali, berkenaan lukisan ala China dan prop (seperti kek bulan), kami sekali lagi ingin memohon maaf kerana menyebabkan salah faham dan ketidakselesaan penonton ketika waktu yang sensitif ini.

Babak bermasalah iaitu ketika mengalu-alukan kedatang penghalau roh tersebut akan dibuang daripada rakaman ulang tayang (VOD) dan juga siaran ulangan di televisyen.

Sebagai respon kepada kritikanmengenai pakaian dan prop seperti Cina, ini adalah salah pihak produksi sepenuhnya kerana tidak mengenalpasti masalah tersebut pada awalnya. Untuk tayangan akan datang, kami akan menyunting sebanyak mungkin bahagian dan berusaha keras untuk tidak membuatkan penonton berasa tidak selesa.

Walaubagaimanapun, dakwaan bahawa drama ini mendapat tajaan China adalah tidak benar dan ianya ditaja sepenuhnya oleh Korea. Tidak seperti kes lain seeprti tajaan dan sokongan produksi China yang berbangkit sebelum ini, ‘Joseon Exorcist’ 100 peratus ditaja oleh Korea.

Walaupun drama ini meminjam figura dan latar belakang bersejarah, ia merupakan naskhah bersejarah fusion fantasi yang dimulakan dengan imaginasi, ‘Bagaimana sekiranya roh jahat bangkit dan bercita-cita tinggi seperti manusia ketika Joseon melalui kekacauan pada awalnya?’ Kami merancang untuk merencana cerita ini daripada bagaimana Taejong, Putera Chungnyeong dan Putera Yangnyeong menghadapi krisis ini dan berlari ke arah misi mereka.

Walaupun kami cuba mengekspresikan realiti ketakutan dengan figura sebenar dan menfokuskan kepada elemen fantasi imaginasi, kami terlepas pandang perkara yang mungkin akan menimbulkan kekacauan ketika waktu yang serius ini. Kami menundukkan kepada dan memohon maaf kerana menyebabkan kekcewaan kepada penonton dek ketidaksempurnaan pihak produksi walhal kami seharusnya bersedia dengan rasa tanggungjawab yang kuat kerana drama ini menampilkan figura bersejarah sebenar.

Kami menerima dengan rendah diri segala pendapat penonton mengenai isu ini, dan bermula daripada tayangan episod ketiga nanti, kami akan mengubah kesemua watak kepada karakter fiksyen sesuai dengan genre fantasi fiksyen dan kami akan menyunting atau merakam semula mana-mana bahagian yang bermasalah sebanyak mungkin.

Di masa hadapan, kami akan membawa rasa tanggungjawab yang lebih tegas semasa menghasilkan drama ini dan kami akan melakukan sebaik mungkin untuk tidak menyusahkan pelakon dan staf yang menyertai drama ini.

kontroversi joseon exorcist

SBS kemudiannya memberikan kenyataan lanjut,

Ini ialah kenyataan SBS mengenai drama Isnin-Selasa ‘Joseon Exorcist’ yang baru-baru ini terpalit dnegan kontroversi.

SBS menghasilkan drama ini dengan harapan untuk memperkenalkan drama bersejarah fusion fantasi yang baik kepada penonton.

Pun begitu, disebabkan ianya memaparkan figura dan sejarah sebenar, kami sepatutnya memberikan perhatian yang lebih dalam mendapatkan informasi yang sah, jadi kami berasa bertanggungjawab kerana tidak melakukan hal yang demikian. Kami memohon maaf kepada penonton di atas hal ini.

Ulang tayang VOD dan siaran ulangan televisyen untuk dua episod pertama ini akan ditunda sehingga ianya disunting. Tambahan pula, kami akan menyusun semula cerita ini dan akan berehat selama seminggu daripada tayangan pada minggu hadapan.

Dengan mengesahkan kesemua kandungan dalam produksi ‘Joseon Exorcist’ di masa hadapan, kami akan cuba sedaya upaya untuk tidak menyebabkan rasa tidak selesa buat penonton.

Sekali lagi, kami ikhlas meminta maaf.

Bukan kes ringan ni gaiss..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...