Ikuti Kami:

Bakal Menggegarkan Separuh Kedua 2020! Penonton Dah Tak Sabar Nak Tonton 7 K-Drama Ini

Bakal Menggegarkan Separuh Kedua 2020! Penonton Dah Tak Sabar Nak Tonton 7 K-Drama Ini

Meskipun sudah banyak drama berkualiti yang ditayangkan dalam arena K-Drama tahun ini tetapi sebenarnya masih banyak lagi naskhah yang sudah pun disahkan tayangannya untuk tahun 2020 ini. Bahkan kebanyakan penonton dah tak teruja nak menonton kesemua drama yang masih lagi dalam peringkat produksi ini!

1. Record Of Youth (tvN/Netflix)

tvn record of youth

Dari kiri: Byun Woo-seok, Park So-dam, Park Bo-gum

Membawa kisah sekumpulan anak muda yang cuba hidup dan mencapai impian mereka dalam industri permodelan. Ikuti seorang model yang kini menanam impian untuk menjadi seorang pelakon manakala seorang gadis yang menanam impian untuk menjadi jurusolek profesional selain mahu menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya.

Kepada yang dah tak sabar, anda boleh menonton “Record Of Youth” pada 7 September ini di Netflix!

2. Start-Up (tvN)

tvn start-up

Dari kiri: Suzy, Nam Joo-hyuk, Kim Seon-ho, Kang Han-na

Drama ini membawa kisah seorang gadis yang berhenti kolej untuk membuka perniagaannya sendiri bahkan dia mempunyai impian yang besar untuk menjadi terkenal seperti Steve Jobs. Manakala seorang lelaki sempurna dan merupakan penaung kepada Samsan Tech kini menghadapi masalah besar dek pelaburan syarikatnya.

3. Sweet Home (Netflix)

netflix sweet home

Dari kiri: Song Kang, Lee Jin-wook , Lee Si-young

Drama yang diadaptasi daripada webtoon ini menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekoleh menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat baru dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

4. The School Nurse Files (Netflix)

netflix the school nurse files

Dari kiri: Jung Yu-mi, Nam Joo-hyuk, Go Toe

Naskhah romantik fantasi ini berkisar tentang seorang jururawat sekolah yang mempunyai kelebihan untuk menghapuskan hantu dan seorang guru kesusasteraan Korea yang memiliki satu tenaga yang luar biasa. Dengan kelebihan yang ada, kedua mereka bergabung untuk menyelesaikan segala kejadian misteri di sekolah tersebut.

5. The Tale Of Gumiho (tvN)

tvn the tale of gumiho

Dari kiri: Lee Dong-wook, Jo Bo-ah

Drama ini membawa genre melodrama dan fantasi urban mengenai kisah gumiho lelaki yang terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar dan seorang pengarah produksi wanita yang nekad untuk mengejar makhluk tersebut untuk menaikkan rating rancangannya. Pun begitu, abang tiri kepada gumiho itu yang mempunyai niat jahat selain menyimpan perasaan benci terhadap manusia walaupun tinggal dalam kalangan mereka.

6. LUCA (tvN)

tvn luca

Dari kiri: Kim Rae-won, Lee Da-hee

Membawa kisah berdasarkan kepada teori ‘Origin of Species’ daripada Charles Darwin. Kisah seorang individu telah dilahirkan di dalam sebuah dunia genetik yang misteri dan terpaksa mengharunginya seorang diri. Dalam pada itu, lelaki itu berkenalan dengan seorang detektif jenayah yang berdedikasi yang sedang membongkar kisah sebenar mengenai kehilangan kedua ibu bapanya semasa dia masih lagi kecil.

7. Love Alarm 2 (Netflix)

netflix love alarm 2

Dari kiri: Song Kang, Kim So-hyun, Jung Ga-ram

Siapa yang pernah menonton musim pertamanya pasti mengetahui bahawa drama ini menceritakan kisah satu aplikasi telefon bimbit yang boleh mengesan sekiranya seseorang itu mempunyai perasaan pada penggunanya apabila dia berdiri dalam satu jarak yang ditetapkan. Ikuti kisah pelajar sekolah menengah perempuan yang tersepit di antara cinta dua orang rakan lelakinya.

Tak sabarnya nak tonton kesemua drama hebat ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...