Ikuti Kami:

Bakal Dipenuhi Plot Twist, Lee Jiah & Satu Watak Baru Bakal Muncul Dalam Episod Minggu Ini?

Bakal Dipenuhi Plot Twist, Lee Jiah & Satu Watak Baru Bakal Muncul Dalam Episod Minggu Ini?

Cepat pakai tali pinggang keselamatan anda kerana dikhabarkan akan ada ‘roller-coaster’ pelbagai ‘plot twist’ dalam episod akan datang “The Penthouse 2”.

Terbaru, pihak produksi drama ini mengesahkan bahawa akan ada banyak kejutan dalam episod ke-5 dan ke-6 yang akan ditayangkan pada Sabtu dan Ahad ini.

Terdapat beberapa siri plot twist mengejutkan sepanjang masa yang akan mengubah permainan di Hera Palace, termasuklah hubungan di antara Oh Yoon-hee (Eugene) dan Ha Yoon-chul (Yoon Jong-hoon). Sila nantikan apa yang akan berlaku di Hera Palace juga.

sbs the penthouse 2

Bukan itu sahaja, terdapat sumber yang mengatakan bahawa Lee Ji-ah mungkin akan melakukan kemunculan pertamanya dalam “The Penthouse 2” dalam episod minggu ini. Walaupun tidak diberitahu dengan lanjut mengenai watak baru yang digalasnya, namun penonton sudah nyata tak sabar menantikan ‘heroin’ tersebut.

lee jiah the penthouse 2

Malah terdapat satu lagi watak baru yang diperkenalkan dalam episod akan datang iaitu bapa kepada Yoo Jenny (Jin Ji-hee) iaitu Yoo Dong-pil (Heo Sung-tae). Kalau anda ingat, watak lelaki ini ada disebut pada episod minggu lalu apabila isterinya, Kang Ma-ri mendedahkan bahawa Joo Dan-tae adalah penyebab kepada suaminya meringkuk dalam penjara. Ramai yang dah tak sabar nak tengok lelaki ini membalas dendam pada Joo Dan-tae!

Cepatlah hari Jumaat, dah penat tunggu ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...