Ikuti Kami:

Bakal Bertarung, Kim Seonho, Cha Seungwon & Kim Kangwoo Sah Terajui Filem ‘Tyrant’

Bakal Bertarung, Kim Seonho, Cha Seungwon & Kim Kangwoo Sah Terajui Filem ‘Tyrant’

Siap sedia semua untuk saksikan kemunculan semula Kim Seon-ho menerusi filem “Tyrant”!

Terbaru, Kim Seon-ho, Cha Seung-won dan Kim Kang-woo telah disahkan akan terajui filem “Tyrant”, yang diarahkan oleh pengarah “The Witch” dan “Night in Paradise”.

Untuk pengetahuan, “Tyrant” menggambarkan usaha orang ramai untuk mendapatkan sampel terakhir ‘Program Tyrant’, yang hilang dalam penghantaran dek kemalangan.

Dalam filem ini, Kim Seon-ho akan memainkan watak sebagai Choi Guk-jang, yang bekerja di sebuah agensi kerajaan tetapi telah mengendalikan ‘Program Kezaliman’ dan dijangka akan membawa perubahan watak 180 darjah dari naskhahnya sebelum ini.

filem tyrant

Seterusnya Cha Seung-won akan menghidupkan watak Im Sang-won, yang ditugaskan untuk menghapuskan kuasa yang berkaitan dengan ‘Program Kezaliman’ itu. Manakala Kim Kang-woo akan tampil sebagai Paul, ahli agensi perisikan luar negara yang cuma membuang sampel terakhir program berkenaan.

Dalam pada itu, filem “Tyrant” telah memulakan penggambaran pada 2 Januari lalu. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...