Ikuti Kami:

Bakal Berlakon Drama Romantik Komedi, Penonton Dah Bosan Lihat Hwang Jungeum Bawa Watak Sama!

Bakal Berlakon Drama Romantik Komedi, Penonton Dah Bosan Lihat Hwang Jungeum Bawa Watak Sama!

Meskipun naskhah daripada sekarang ini banyak memberi fokus kepada tema aksi, misteri, thriller dan fantasi tetapi masih ramai lagi penonton yang lebih suka drama ringan yang mengangkat genre romantik dan komedi. Cerita sebegini sesuai ditonton oleh sesiapa yang tak mahu peningkan kepala tengok konflik dan plot twist yang menyesakkan.

Ratu Romantik Komedi

Antara pelakon wanita popular yang sinonim dengan watak komedi dan romantik ialah Hwang Jungeum. Siap dapat jolokan ‘Ratu Komedi Romantik’ lagi kerana kepakarannya dalam membawa watak sebegini. Contohnya ialah “Kill Me Heal Me”, “She Was Pretty”, “Lucky Romance” dan banyak lagi!

hwang jungeum

Terbaru, wanita itu dikhabarkan bakal berlakon dalam sebuah drama romantik komedi terbaru bertajuk “That Guy Is That Guy” di bawah saluran KBS. Hero yang ditawarkan untuk bergandingan bersama wanita itu ialah Yoon Hyunmin yang juga popular dengan drama seperti “My Holo Love”, “Falling For Innocence”, “Tunnel” dan pelbagai lagi.

Sinopsis dan watak “That Guy Is That Guy”

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang lebih selesa solo selepas patah hati dengan hubungan cintanya sebelum ini dan seorang lelaki yang mahu mengubah hubungannya dengan wanita tersebut menerusi cinta. “That Guy Is That Guy” akan menggabungkan isu yang realistik seperti perkahwinan dan hidup seorang diri.

Hwang Jungeum sedang dalam perbincangan untuk membawa watak Seo Hyunjoo yang merupakan seorang ketua pengurus untuk sebuah webtoon. Dia sangat teliti dengan kerjanya dan kesemua pelukis di bawahnya berjaya mendapat tempat pertama kerana usahanya yang jitu. Walaupun ramai yang tak suka dengan sikap telitinya itu tetapi mereka tetap mahukan petolongan wanita tersebut. Beruntung dalam aspek kerjaya, tetapi dia mempunyai nasib yang sangat malang dalam aspek percintaan dan memilih untuk hidup solo.

Yoon Hyunmin pula ditawarkan watak sebagai Hwang Jiwoo iaitu seorang CEO kepada syarikat farmaseutikal. Disebabkan dia kedekut senyuman dan nampak bengis, lelaki itu susah dibaca oleh orang lain sejak daripada kecil lagi. Meskipun tampil begitu, tiada siapa tahu yang CEO itu menyimpan rahsia besar di mana dia boleh kembali ke masa lepas.

hwang jungeum dan yoon hyunmin

Penonton boring watak sama

Kalau anda perasan, Hwang Jungeum lebih gemar membawa watak komedi sejak kebelakangan ini dan telah meninggalkan sepenuhnya watak berat yang pernah dilakonkannya dahulu seperti dalam “Giant” dan “Secret”. Selepas mendengar mengenai berita ini, ramai penonton yang meluahkan rasa kesal mereka kerana pelakon wanita itu asyik berlakon watak yang sama dan tak nampak kemajuan langsung.

Dia asyik berlakon drama di mana hidupnya berubah selepas jumpa lelaki elok… Lepas tu asyik merengek.. Itu sahaja.

 

Saya dah boleh agak dia nak berlakon macam mana.

 

Asyik-asyik plot yang sama… Bosan.

 

Imejnya seperti dah tersekat, tak boleh nak bawa watak lain… Tak tengok pun dah tahu lakonan dia macam mana.

 

Tak tengok lagi pun tapi kenapa rasa macam dah tengok?

 

Konsep yang sama.. Tak harap apa-apa pun.

Mungkin Hwang Jungeum lebih selesa dengan watak sebegini tetapi bosan juga kalau asyik tengok dia lakonkan karakter yang sama. Lakonan yang sama cuma nama dan fesyen watak yang berbeza.

Sumber: YTN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...