Ikuti Kami:

“Bagus La Dia Tak Berahsia” – Jeon Jongseo Kongsi Gambar Teman Lelaki Di Instagram

“Bagus La Dia Tak Berahsia” – Jeon Jongseo Kongsi Gambar Teman Lelaki Di Instagram

Nampaknya, pelakon “Money Heist Korea” iaitu Jeon Jong-seo selesa untuk mendedahkan hubungan cintanya bersama Lee Chung-hyeon kepada orang ramai.

Bagi yang belum tahu, Jeon Jong-seo telah disahkan sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem Netflix “The Call” iaitu Lee Chung-hyeon, pada Disember 2021.

Terbaru, pelakon wanita tersebut telah berkongsi beberapa foto teman lelakinya itu di laman Instagram, dengan kapsyen yang ditulis,

Paris.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 전종서 (@wjswhdtj94)

Melihat betapa terbukanya Jeon Jong-seo mengenai hubungan cintanya, netizen rata-rata terkejut kerana selebriti popular kebiasaannya akan cuba untuk tidak mendedahkan tentang kehidupan peribadi mereka.

Dalam pada itu, turut dilaporkan bahawa kedua mereka sedang berada di negara Perancis kini, bagi menghadiri acara Minggu Fesyen Paris.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...