Ikuti Kami:

‘Backstreet Rookie’ Labuh Tirai Dengan Rating Terbaik, Penonton Senyum Lebar Lihat Ending Bahagia

‘Backstreet Rookie’ Labuh Tirai Dengan Rating Terbaik, Penonton Senyum Lebar Lihat Ending Bahagia

Sebuah K-Drama, walau macam mana best pun, pasti akan sampai ke akhirnya. Sama juga dengan “Backstreet Rookie” di saluran SBS yang sudah pun melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu.

Menerusi “Backstreet Rookie”, siapa sangka pengurus kedai serbaneka yang kalut iaitu Choi Dae-hyun (Ji Chang-wook) dan pekerja separuh masa yang banyak akal iaitu Jung Saet-byul (Kim Yoo-jung) bakal menyajikan pelbagai babak kelakar yang menghiburkan. Walaupun bermula sebagai rakan sekerja, namun perasaan cinta mula terbit di antara mereka dengan latar belakang yang nampak biasa itu.

[Amaran SPOILER]

Walaupun ibunya mahu Dae-hyun mengahwini seorang wanita yang kaya supaya dapat lari daripada kesusahan hidup dalam kelas pertengahan sepertinya, namun lelaki itu utuh dengan perasaan cintanya pada Saet-byul. Tapi sayangnya gadis itu kini telah melarikan diri untuk memulakan hidup baru.

episod akhir backstreet rookie

Nyata jodoh yang masih panjang di antara mereka kerana rakan baik lelaki tersebut iaitu Dal-shik tanpa sengaja terjumpa Saet-byul sedang bekerja di satu ladang bunga. Tanpa berlengah, Dae-hyun yang menerima informasi baru itu telah mendapatkan gadis tersebut dan mengakui perasaan cintanya selain meluahkan rasa tidak kisah sekiranya dia mahu terus hidup seperti ini.

Meskipun teragak-agak kerana mengetahui mengenai ibu Dae-hyun, Saet-byul secara senyap turut membalas cinta pemilik kedai serbaneka itu. Bahkan ibu lelaki itu juga mula sedar mengenai impiannya yang telah melukai kedua-dua Dae-hyun dan Saet-byul terus membatalkan hasratnya itu.

Selepas segala kesusahan yang dihadapi oleh mereka, Dae-hyun telah kembali menguruskan semula kedainya itu dan Saet-byul juga menolak ketepi impiannya untuk menjadi pengubah bunga untuk terus berada di sisi lelaki itu sebagai pembantu kedai serbaneka tersebut. Bahagia juga akhirnya!

episod akhir backstreet rookie

Rating baik sepanjang tayangan

Meskipun terpalit kontroversi pada awal tayangannya, namun begitu “Backstreet Rookie” berjaya mengekalkan rekod rating yang baik sehingga ke akhirnya. Bahkan drama ini telah memecahkan rekod peribadi semasa tayangan episod akhir apabila mencatatkan catatan rating terbaik iaitu 9.5%. Di mana ia merupakan pertama kali ianya berjaya melepasi garisan 9%!

Melihatkan keserasian Ji Chang-wook dan Kim Yoo-jung nyata membuatkan ramai yang senyum lebar semasa menonton “Backstreet Rookie”. Bagi yang belum menonton, tunggu apa lagi, cepat saksikan drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...