Banyak betul K-Drama best kini, contohnya “No Gain No Love”.
Ianya membawa kisah romantik tentang individu yang tidak mahu kalah dalam cinta, wang, dan kerjaya.
Walaupun popular kini namun ada juga beberapa suara sumbang yang mempersoalkan mengenai satu hal mengenai drama ini. Ramai sepertinya kurang senang melihat gandingan antara Shin Min-ah dan Kim Young-dae.
Dek jarak usia 12 tahun, keduanya kelihatan sedikit janggal dipasangkan. Malah mutu lakonan pelakon wanita itu yang jauh lebih baik dari Kim Young-dae menyebabkan perbezaan kualiti persembahan keduanya.
Komen penonton,
Macam mana seseorang boleh baca skrip seteruk itu? Skrip dah elok dan lakonan Shin Min-ah tip top tapi mood dia tak masuk dengan latar belakang babak itu.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.