Ikuti Kami:

B1A4 Rilis Lagu Baru ‘Adore You’ & Sandeul Sertai Khidmat Ketenteraan Hari Ini

B1A4 Rilis Lagu Baru ‘Adore You’ & Sandeul Sertai Khidmat Ketenteraan Hari Ini

Sandeul B1A4 telah mendaftar dalam perkhidmatan tentera hari ini!

Pada 11 November, WM Entertainment iaitu agensi kepada B1A4, telah mendedahkan bahawa Sandeul telah memasuki pusat latihan tentera ROK pada hari ini, secara rasmi memulakan perkhidmatan tenteranya.

Untuk mengelakkan penularan COVID-19, pendaftaran Sandeul dilakukan secara tertutup. Sebelum ini, B1A4 mengadakan sesi siaran langsung di saluran V Live mereka, untuk mengadakan acara pertemuan bersama peminat secara dalam talian.

B1A4 sandeul military serviceHari ini, mereka juga telah mendedahkan lagu baharu “Adore You” serta mengucapkan terima kasih kepada peminat mereka kerana berada di sisi mereka melalui saluran V Live. Ahli lain B1A4, CNU dan Gongchan dilihat turut menghantar Sandeul ke khidmat ketenteraannya.

Selamat berkhidmat Sandeul! Jom dengar lagu baru B1A4.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...