Ikuti Kami:

“Ayah Saya Suruh..” – Park Seojoon Dedah Rahsia Untuk Capai Ketinggian 185CM

“Ayah Saya Suruh..” – Park Seojoon Dedah Rahsia Untuk Capai Ketinggian 185CM

Pelakon lelaki Korea sememangnya dikenali dengan wajah mereka yang kacak dan bertubuh tinggi lampai.

Terbaru pada 13 April, Park Seo-joon, Kim Jong-soo dan Heo Joon-seok telah tampil sebagai tetamu di rancangan radio “Cultwo Show”, bagi mempromosikan filem mereka akan datang berjudul “Dream”.

Mengenai filem “Dream”, Park Seo-joon berkongsi kepada pendengar,

Ia akhirnya akan dikeluarkan selepas 3 tahun. Filem ini berdasarkan kisah benar Piala Dunia Gelandangan. Ia mempunyai unsur kemanusiaan komedi, dan ia adalah filem yang boleh dinikmati oleh semua peringkat umur.

Umum pasti mengetahui bahawa Park Seo-joon juga merupakan salah seorang pelakon Korea Selatan yang bertubuh tinggi iaitu 185CM. Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu turut mendedahkan rahsia ketinggiannya dengan berkata,

Ayah saya sering menyuruh saya melompat tali ketika saya masih muda dan saya rasa itu banyak membantu untuk tinggi saya.

park seojoon dream

Sambungnya lagi,

Saya telah melakukannya banyak kali. Selama 3 tahun, saya melakukan 10 pusingan di taman permainan dan 2000 lompat tali setiap pagi. Saya tertanya-tanya jika ayah saya membawa saya dan adik-beradik saya keluar kerana dia ingin bersenam. Berkat itu, saya sentiasa menduduki tempat pertama dari segi kekuatan fizikal sehingga tahun ketiga, di sekolah menengah.

Kalau min cuba lompat tali sekarang, agak-agak boleh tinggi macam Park Seo-joon tak?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...