Ikuti Kami:

“Ayah Saya Menangis” – Jimin BTS Artis K-Pop Solo Pertama Duduki No.1 Dalam Carta Billboard Hot 100

“Ayah Saya Menangis” – Jimin BTS Artis K-Pop Solo Pertama Duduki No.1 Dalam Carta Billboard Hot 100

Akhirnya kerja keras Ji-min BTS membuahkan hasil.

Terkini, salah seorang ahli dari kumpulan BTS iaitu Ji-min telah berjaya mendapat tempat pertama untuk lagunya “Like Crazy” dalam carta Billboard Hot 100 dan menjadikan dia penyanyi solo K-Pop yang pertama mempunyai pencapaian tersebut.

Selepas mendengar berita tersebut, penyanyi itu terus membuat siaran langsung menerusi laman Weverse dan berkata,

Penerbit yang saya bekerjasama turut menangis, dan semua orang yang terlibat menghubungi kami.

jimin billboard hot 100

Kemudian, Ji-min turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya iaitu ARMY kerana terus menyokong dirinya.

Saya amat berterima kasih kepada peminat yang menyukai kerja kami. Saya tidak menjangkakan keputusan seperti itu, jadi saya lebih bersyukur. Saya tidak pasti bagaimana untuk meluahkan perasaan saya hari ini, tetapi saya sangat berterima kasih kepada ahli BTS yang lain, peminat dan semua orang yang bekerja keras.

Tambahnya lagi,

Saya merasakan bahawa saya masih banyak kekurangan, jadi saya akan bekerja lebih keras. Saya bangga dan gembira kerana saya bekerja keras, bukan kerana hasilnya. Saya berasa sangat terharu.

jimin billboard hot100

Pada masa yang sama, bintang idola itu juga ada menyatakan ayahnya menangis selepas mendengar berita tersebut.

Ayah saya menelefon saya sebentar tadi dan berkata dia bangga dengan saya. Dia memainkan muzik saya di rumah dan menangis. Dia berkata kandungan dalam lagu agak menyedihkan menjadikan dia berasa sangat sedih.

Untuk maklumat, Ji-min merupakan artis solo pertama yang menduduki tempat pertama dalam carta Billboard Hot 100, membuktikan popularitinya di pasaran Amerika.

Tahniah Ji-min!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...