Ikuti Kami:

Awal Dibenci Kini Dikasihani, Penonton Senaraikan Kesusahan Dialami Junyoung Dalam ‘The World Of The Married’

Awal Dibenci Kini Dikasihani, Penonton Senaraikan Kesusahan Dialami Junyoung Dalam ‘The World Of The Married’

Fenomena “The World Of The Married” nyata telah mengganas bukan sahaja di Korea bahkan di seluruh pelosok dunia. Bahkan rakyat Malaysia sendiri nampaknya dah ‘tenggelam’ sekali dengan kehebatan drama ini sehingga banyak entri mengenai naskhah ini di serata media sosial.

Bagi peminat setia drama ini, anda pasti tahu terdapat dua karakter yang dibenci ramai pada awalnya iaitu rakan baik Ji Sun-woo, Seol Myung-seok dan anak lelakinya iaitu Lee Jun-young. Lelaki itu menerima cacian ramai dek sering menyebelahi ayahnya meskipun Lee Tae-oh merupakan punca utama kepada perpecahan keluarga mereka.

Pun begitu, setelah menghampiri pengakhiran drama ini, para penonton didedahkan dengan isi hati Jun-young yang paling dalam lantas mula kasihan dengannya kerana tersepit di antara ego kedua ibu bapanya.

Bahkan seorang individu telah menyenaraikan kesengsaraan yang dialami oleh pelajar sekolah itu sehingga membuatkan ramai mula bersimpati dengan nasibnya.

Ibu bapanya yang penuh dengan kasih sayang

junyoung the world of the married

Bapanya mencium perempuan lain semasa majlis hari jadi lelaki itu

junyoung the world of the married

Ibunya yang ‘menggila’ ketika memandu

junyoung the world of the married

Hampir ditolak ibunya jatuh ke tebing curam

junyoung the world of the married

Bapanya yang memukul ibunya sehingga separuh mati

junyoung the world of the married

Melihatkan psikiatrinya dengan ibunya berduaan

junyoung the world of the married

Khabar angin yang berterbangan di sekolah mengatakan lelaki yang jatuh mati di stesen Gosan adalah kekasih ibunya

junyoung the world of the married

Baru kecap bahagia, ibu tiri cuba menghantarnya belajar di Amerika Syarikat

junyoung the world of the married

Tidak sengaja ternampak ibu bapanya yang sudah bercerai dalam adegan yang intim

junyoung the world of the married

Ibu bapa yang sanggup menemuinya bagi menanyakan hal tersebut.

junyoung the world of the married

Ditumbuk ayah sendiri selepas dituduh secara semberono oleh ibu trinya

junyoung the world of the married

Pada awalnya, saya tak sukakan Jun-young kerana dia menyebelahi ayahnya, seorang pengkhianat, Tetapi kini saya berasa kasihan melihatnya…

 

Lihatlah betapa dia masih bertahan walaupun orang disekelilingnya yang serabut.

 

Aduh, dia hanyalah budak sekolah..

 

Apa dosa Jun-young sehingga dia terpaksa melalui dugaan seperti ini…

 

Jun-young, saya minta maaf kerana membenci awak sebelum ini.

 

Tetapi kenapa dia hanya marahkan Sun-woo dan bukannya Tae-oh..

Makin lama, makin kesian pula dengan Jun-young. Dia hanyalah mangsa keadaan yang tersepit di rumah dan juga di sekolah.

Semoga ada sinar bahagia buat Jun-young!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...