Ikuti Kami:

‘Awaken’ Mula Dengan Pembunuhan Misteri Mengerikan, Episod Awal Catat Rating Baik

‘Awaken’ Mula Dengan Pembunuhan Misteri Mengerikan, Episod Awal Catat Rating Baik

Tamat sahaja drama “Hot Stove League” pada tahun lepas, ramai dah nantikan drama terbaru yang bakal dilakonkan oleh Namgoong Min. Nampaknya semua tak perlu tunggu lama kerana drama terbarunya sudah pun ke udara beberapa hari lepas.

Sinopsis ringkas

Kisah pembunuhan misteri di mana ia mengikuti kisah pelik yang berlaku pada masa kini dan juga kejadian enigmatik yang berlaku pada 28 tahun lepas. Do Jung-woo (Namgoong Min) ialah ketua pasukan yang bijak dan unik bagi sebuah gerakan khas di Agensi Polis Kebangsaan. Manakala Jamie (Lee Chung-ah) pula merupakan ejen FBI yang diambil sebagai anak angkat ketika kecil dan kembali ke Korea untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri yang berkait dengan memorinya yang hilang sewaktu kecil pada 28 tahun lalu.

episod awal awaken

Permulaan menarik

Daripada awal lagi, “Awaken” dah berjaya rebut perhatian penonton dengan babak pembunuhan menyeramkan. Nampak seperti bunuh diri namun ianya terbukti lebih misteri kerana perbuatan khianat itu adalah perbuatan seorang pembunuh bersiri.

Do Jung-woo yang sudah 28 tahun lamanya memerhatikan ejen FBI Jamie, makin berbelit apabila wanita itu mungkin mempunyai kaitan dengan kes tersebut. Bersama-sama mereka bakal merungkai misteri tersebut dengan bantuan pegawai lain seperti Gong Hye-won (Kim Seol-hyun) dan Jang Ji-wan (Lee Shin-young).

episod awal awaken

Catatan rating baik

Lakonan Namgoong Min memang langsung tidak dapat disangkal lagi, bahkan keserasian lelaki itu dengan watak Lee Chung-ah yang misteri membuatkan para penonton semakin tak sabar mahu menyaksikan kisah sebenar di sebalik masa lampau mereka berdua.

Mungkin disebabkan plot yang mendebarkan dan diterajui pelakon hebat seperti kedua mereka, rating yang dicatatkan oleh “Awaken” untuk episod perdananya adalah baik iaitu 4.7% manakala catatan episod keduanya pula ialah 4.475%.

Namgoong Min sememangnya tak pernah mengecewakan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...